awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan remaja promosi pornografi kanak-kanak

Bernama
Bernama
19/06/2021
20:30 MYT
Polis tahan remaja promosi pornografi kanak-kanak
Seorang remaja lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan mempromosi pornografi kanak-kanak melalui media sosial.
KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan mempromosi pornografi kanak-kanak melalui media sosial.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata suspek berusia 19 tahun itu ditahan di Semenyih, dekat sini pada 6 petang Rabu lepas oleh sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman.
"Dalam serbuan berkenaan pihak polis telah merampas sebuah telefon bimbit milik suspek yang dipercayai mengandungi gambar dan video bagi tujuan mempromosi kegiatan tidak bermoral itu kepada orang ramai," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.
Mohd Zaid berkata suspek kini direman hingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 10 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Sebelum ini tular satu tangkap layar kegiatan mempromosi video dan gambar lucah kanak-kanak melalui media sosial.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#remaja
#pornografi
#Kanak-kanak
#Polis Daerah Kajang
#media sosial
#Bukit Aman
#D11
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan