awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan tiga ahli sindiket penipuan skim pelaburan JJPTR

Astro Awani
Astro Awani
16/05/2017
06:29 MYT
Polis tahan tiga ahli sindiket penipuan skim pelaburan JJPTR
Acryl Sani berkata semua tahanan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Klang pada petang ini untuk permohonan reman. - Gambar fail
Polis hari ini menahan tiga ahli sindiket penipuan skim pelaburan JJ Poor To Rich (JJPTR) di Petaling Jaya susulan siasatan dan beberapa siri serbuan pada awal pagi.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata kesemua mereka adalah warganegara Malaysia, berbangsa Cina dan berusia di antara 28 dan 29 tahun.
“Seorang daripada mereka turut dikenali dengan nama Johnson Lee Choong Sen disyaki berperanan sebagai dalang utama skim pelaburan ini dan dua yang lain berperanan selaku orang kanan serta pembantu peribadi," katanya katanya dalam satu kenyataan.
“Hasil pemeriksaan yang dijalankan terhadap kesemua tahanan, pihak polis turut merampas sebuah kenderaan jenis Honda Accord, lima unit telefon bimbit, pelbagai dokumen berkaitan skim pelaburan JJPTR, buku cek, 11 keping kad debit dan kad kredit pelbagai bank dan wang tunai berjumlah RM20,936,” tambahnya.
Acryl Sani berkata, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beliau menambah bahawa kesemua tahanan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Klang pada petang ini untuk permohonan reman.
Topic Berkaitan
#Datuk Acryl Sani Abdullah Sani
#JJ Poor to Rich
#Johnson Lee Choong Sen
#reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan