awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan tiga lelaki disyaki terlibat kes bunuh

Bernama
Bernama
28/10/2023
03:54 MYT
Polis tahan tiga lelaki disyaki terlibat kes bunuh
Ketiga-tiga suspek ditahan selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas semasa mereka cuba melarikan diri daripada pemeriksaan.- Gambar hiasan/PDRM
JOHOR BAHRU: Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam pergaduhan dua hari lepas sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut, selepas kereta yang dinaiki ketiga-tiga suspek itu terbabas di Jalan Tun Dr Ismail di sini kira-kira pukul 5.30 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata ketiga-tiga suspek ditahan selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas semasa mereka cuba melarikan diri daripada pemeriksaan.
"Hasil semakan mendapati seorang suspek mempunyai dua kes jenayah berkaitan dadah, dan hasil ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis Methamphetamine," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata polis turut merampas sebilah pisau daripada mereka, dan kes bunuh itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika disabit kesalahan boleh membawa hukuman mati.
Sementara itu, difahamkan dalam kejadian tengah malam Khamis hingga kira-kira pukul 1 pagi Jumaat, polis yang menerima maklumat daripada orang awam mengenai pergaduhan melibatkan beberapa lelaki sehingga mengakibatkan seorang maut, telah melancarkan gerakan bagi memburu lapan suspek.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tiga lelaki ditahan
#pergaduhan lelaki maut
#Polis Daerah Johor Bahru Selatan
#Jalan Tun Dr Ismail
#kes bunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan