awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan tiga suspek bantu siasatan kes culik lelaki warga India

Bernama
Bernama
20/10/2018
15:20 MYT
Polis tahan tiga suspek bantu siasatan kes culik lelaki warga India
Kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan iaitu menculik dan melarikan dengan niat hendak mengurung dengan sulit dan salah. - Gambar hiasan
Polis menahan tiga lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes culik seorang lelaki warga India di Kepong, Ahad lepas.
Dalam serbuan pada Rabu lepas, tiga lelaki berumur antara 31 hingga 40 tahun itu ditahan di Sungai Pelek, Selangor hasil maklumat anggota keluarga mangsa.
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP S Shanmugamoorthy Chinniah berkata tiga individu berkenaan direman tujuh hari sehingga Khamis depan untuk siasatan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan iaitu menculik dan melarikan dengan niat hendak mengurungnya dengan sulit dan salah," katanya dalam satu kenyataan.
Difahamkan, suspek menggunakan alasan untuk cuba mendapatkan khidmat mangsa yang merupakan seorang sami bagi melaksanakan upacara keagamaan sebelum bertindak membawa dan mengurungnya di sebuah lokasi di Sungai Pelek, Selangor.
Bagaimanapun, motif utama kejadian masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#culik
#PDRM
#polis
#S Shanmugamoorthy Chinniah
#warga india
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan