awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skuad negara akhiri kempen Piala Asia Futsal dengan kekalahan besar
JDT pesta gol, Faisal Halim selamatkan Selangor
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan tiga warga asing bantu siasatan kes pemandu teksi OKU ditikam

Bernama
Bernama
14/07/2025
15:36 MYT
Polis tahan tiga warga asing bantu siasatan kes pemandu teksi OKU ditikam
Menurut ACP Mohd Sohaimi Ishak, semua suspek direman selama empat hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan lanjut. - Gambar hiasan/Bernama
JOHOR BAHRU: Tiga lelaki warga asing ditahan polis bagi membantu siasatan kes seorang pemandu teksi Orang Kelainan Upaya (OKU) yang cedera parah selepas ditikam dan dikelar dalam kejadian di kawasan asrama pekerja di Desa Cemerlang di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Seri Alam ACP Mohd Sohaimi Ishak berkata ketiga-tiga suspek ditahan di lokasi kejadian pada pukul 2.30 pagi semalam.
"Semua suspek direman selama empat hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi malam ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, mangsa, Mohd Zulkefli Mydin, 40, dilaporkan mengalami kecederaan parah akibat tikaman di perut dan paha kiri serta kelaran di pergelangan tangan kiri.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi mendapatkan rawatan kecemasan.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa sedang menunggu penumpang di kawasan berkenaan sebelum didatangi beberapa individu warga asing dipercayai berasal dari Myanmar dan Nepal, yang berada dalam keadaan mabuk.
Mereka dipercayai tidak dapat membuat keputusan sama ada mahu menggunakan perkhidmatan teksi atau tidak.
Salah seorang daripada warga asing terbabit telah memanggil-manggil mangsa dengan nada provokatif dan apabila mangsa menghampiri mereka, dia telah diserang secara tiba-tiba menggunakan senjata tajam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#warga asing ditahan
#pemendu teksi OKU
#pemandu teksi ditikam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan