awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan tujuh pelajar tahfiz terlibat kes pukul pelajar lain

Bernama
Bernama
12/03/2020
08:07 MYT
Polis tahan tujuh pelajar tahfiz terlibat kes pukul pelajar lain
Semalam, tular di media sosial mengenai seorang pelajar tahfiz dipukul oleh rakan sekolah sama hingga didakwa mengalami kecederaan parah. - Gambar hiasan
Tujuh pelajar lelaki sebuah sekolah tahfiz di Sungai Gulang-gulang, Tanjong Karang dekat sini ditahan kerana disyaki terlibat dalam satu pergaduhan hingga mengakibatkan kecederaan seorang pelajar lain.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, DSP Noor Janihan Nanyan dalam satu kenyataan hari ini berkata tangkapan dibuat semalam susulan laporan yang diterima pihaknya sekitar pukul 3 pagi hari sama mengatakan seorang pelajar lelaki sekolah itu dipukul oleh rakan-rakannya.
"Pelajar yang ditahan untuk membantu siasatan berumur antara 15 hingga 17 tahun dan kesemua mereka daripada sekolah tahfiz yang sama.
"Empat lagi pelajar lelaki berumur lingkungan 15 hingga 19 tahun yang menyaksikan kejadian tersebut juga telah diambil keterangan. Mangsa kini dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan," katanya namun enggan mengulas lanjut tempoh masa pelajar berkenaan ditahan.
Noor Janihan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan berkaitan motif kejadian dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 325/147 Kanun Keseksaan.
Semalam, tular di media sosial mengenai seorang pelajar tahfiz dipukul oleh rakan sekolah sama hingga didakwa mengalami kecederaan parah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Klang
#Kuala Selangor
#mangsa
#media sosial
#pelajar
#polis
#pukul pelajar
#siasatan
#Sungai Gulang-gulang
#Tanjong Karang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan