awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengunduran daripada jawatan dalam FAM langkah perlu - Pemerhati bola sepak
Pulau Pinang sasar pasang 5,000 CCTV di seluruh negeri menjelang Oktober
PM Korea Selatan cadang AS hantar utusan khas ke Korea Utara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan wanita naik pentas utama ketika sambutan Hari Kebangsaan di Ipoh

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
31/08/2025
03:25 MYT
Polis tahan wanita naik pentas utama ketika sambutan Hari Kebangsaan di Ipoh
Polis menasihatkan orang ramai supaya menghormati majlis rasmi kenegaraan dan tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mengganggu ketenteraman awam serta keselamatan.
IPOH: Polis sedang menyiasat insiden melibatkan seorang wanita yang menaiki pentas utama ketika acara sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Perak, pagi ini.
Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata, kejadian berlaku sekitar jam 8.20 pagi semasa lagu kebesaran Negeri Perak sedang berkumandang.
Menurutnya, suspek telah masuk melalui bahagian tepi pentas dan mendekati Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebelum berjaya ditahan oleh anggota keselamatan yang bertugas.
“Suspek merupakan seorang wanita tempatan berusia 41 tahun, telah ditahan di lokasi dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata, hasil semakan awal mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah.
Menurut Noor Hisam, pemeriksaan lanjut juga mendapati suspek mempunyai rekod rawatan psikiatri dan sedang berada di bawah pengawasan pakar.
“Ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek adalah negatif dan kes disiasat di bawah Seksyen 335/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan menyebabkan cedera parah,” ujarnya.
Polis menasihatkan orang ramai supaya menghormati majlis rasmi kenegaraan dan tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mengganggu ketenteraman awam serta keselamatan.
Raikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan kempen Inilah KITA di sini
Topic Berkaitan
#Ipoh
#Sultan Nazrin Shah
#Hari Kebangsaan
#wanita naik pentas utama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan