awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
Piala Malaysia: Kelantan Red Warrior lengkapkan senarai 16 pasukan
Perancis rancang larang media sosial untuk golongan bawah 15 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan warga Nepal disyaki liwat, campak kucing

Bernama
Bernama
16/11/2025
10:06 MYT
Polis tahan warga Nepal disyaki liwat, campak kucing
Polis menahan seorang lelaki warga Nepal kerana disyaki meliwat seekor kucing sebelum dicampak dari aras empat sebuah pangsapuri di Kota Kemuning. -Gambar hiasan
SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki warga Nepal kerana disyaki meliwat seekor kucing sebelum dicampak dari aras empat sebuah pangsapuri di Kota Kemuning, tengah malam 15 Nov lepas.

Ringkasan AI
  • Polis menahan seorang lelaki warga Nepal kerana disyaki meliwat seekor kucing sebelum dicampak dari aras empat sebuah pangsapuri di Kota Kemuning.
  • Kejadian tersebut dirakam pengadu menggunakan telefon bimbit, dan suspek berusia 33 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan telah ditahan.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan dan Seksyen 428 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dan denda, dan suspek direman lima hari bagi membantu siasatan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam Supt Ramsay Anak Embol berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan daripada seorang penghuni pangsapuri berkenaan pada 12.30 tengah malam selepas dia bersama suaminya melihat suspek dalam keadaan bogel dipercayai sedang meliwat seekor kucing.
"Pengadu bersama suaminya yang baru tiba di kediaman mereka terlihat seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan dari dalam kereta. Suami pengadu kemudian naik ke aras empat untuk menegur tindakan suspek.
"Bagaimanapun suspek bertindak mencampak kucing tersebut ke bawah sebelum melarikan diri. Kejadian turut dirakam pengadu menggunakan telefon bimbit," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ramsay berkata susulan maklumat itu, polis telah menahan lelaki berusia 33 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di pangsapuri berkenaan pada 4.45 pagi hari sama.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan kerana kesalahan persetubuhan luar tabii dengan haiwan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan denda atau sebat.
"Kes turut disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
"Suspek direman lima hari bermula 15 hingga 19 Nov bagi membantu siasatan," katanya dan menambah mana-mana individu yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Mohamad Zulkifli Mohamad di talian 0111-6958529," katanya.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang menyebabkan polis menahan seorang lelaki warga Nepal di Kota Kemuning? A: Lelaki warga Nepal itu disyaki meliwat seekor kucing sebelum dicampak dari aras empat sebuah pangsapuri.
  • Q: Apa tindakan yang diambil oleh penghuni pangsapuri setelah melihat suspek dalam keadaan mencurigakan? A: Penghuni pangsapuri bersama suaminya melihat suspek dalam keadaan mencurigakan dari kereta, lalu suami pengadu naik ke aras empat untuk menegur suspek yang kemudian mencampak kucing tersebut ke bawah sebelum melarikan diri.
  • Q: Apakah kesalahan yang disiasat oleh polis terhadap suspek? A: Polis menyiasat kesalahan persetubuhan luar tabii dengan haiwan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara dua puluh tahun dan denda atau sebat. Kes turut disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan dengan hukuman penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Topic Berkaitan
#Nepal
#liwat kucing
#pangsapuri di Kota Kemuning
#campak dari aras empat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan