awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah di Gaza akan dibuka semula selepas dua tahun ditutup
JPJ Terengganu keluar 2,351 saman dalam Op Khas Motosikal sepanjang Januari
FitsAir akan tambah penerbangan ke Malaysia empat kali seminggu menjelang akhir Mac
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tembak tayar kereta dipandu suspek pengedar dadah

Bernama
Bernama
02/03/2024
22:30 MYT
Polis tembak tayar kereta dipandu suspek pengedar dadah
Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan suspek, polis menjumpai satu bungkusan plastik berisi 162 pil disyaki syabu dan sebilah parang panjang bersarung hitam. - Foto IPK Kelantan/BERNAMA
KUALA KRAI: Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar sebuah kereta pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki dipercayai pengedar dadah selepas tidak mengendahkan arahan berhenti untuk pemeriksaan di Laloh, di sini, pada Jumaat.
Dalam kejadian jam 9.35 malam itu, suspek berusia 45 tahun yang memandu kenderaan jenis Toyota Hilux ditahan selepas 40 minit dikejar oleh anggota Unit Kereta Peronda Polis (MPV).
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, DSP Kamarulzaman Harun berkata polis mengekori kereta itu dari kawasan Batu Jong sehingga ke simpang empat Laloh, di sini, yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.
Beliau berkata anggota MPV cuba menahan kenderaan itu namun tidak diendahkan dan bertindak meneruskan perjalanan.
"Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan itu, polis menjumpai satu bungkusan plastik berisi 162 pil disyaki dadah jenis syabu dan sebilah parang panjang bersarung hitam," katanya menerusi satu kenyataan semalam.
Menurutnya, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah.
Polis tembak tayar kereta dipandu suspek pengedar dadah
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis tembak tayar kereta
#Dadah
#Kuala Krai
#tidak berhenti untuk pemeriksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan