awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis temukan tulang manusia di Pantai Batu Buruk 2

Bernama
Bernama
31/01/2025
04:30 MYT
Polis temukan tulang manusia di Pantai Batu Buruk 2
Orang ramai digemparkan dengan penemuan rangka dipercayai manusia di Pantai Batu Burok 2, malam tadi. - Foto Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Polis menemukan serpihan tulang dipercayai milik manusia di Pantai Batu Buruk 2, di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Azli Mohd Noor berkata tulang tersebut ditemukan orang awam di kawasan semak di belakang kuarters jabatan kerajaan yang tidak dihuni.
Beliau berkata sebanyak 34 ketulan tulang ditemukan dan dikumpul untuk dihantar ke Unit Patologi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan Jabatan Kimia Malaysia Terengganu bagi tindakan lanjut.
"Polis menerima laporan pada 10.10 malam tadi. Siasatan bersama Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Kuala Terengganu dijalankan dengan bantuan pasukan Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu.
"Pasukan tersebut telah mengumpul 34 ketulan tulang di kawasan semak, di tepi longkang tidak berair berjarak 40 meter dengan gigi air ketika air pasang malam tadi," katanya ketika dihubungi hari ini.
Azli berkata ketika ini risikan lanjut sedang dilaksanakan bagi mengesan sama ada lokasi tersebut merupakan kawasan perkuburan lama atau persendirian.
Beliau berkata usaha mengesan mangsa atau pemilik tulang berkenaan juga bergantung kepada hasil pemeriksaan perubatan dan kimia termasuk jantina, tempoh kematian dan maklumat lain yang akan diperoleh kemudian.
Sehubungan itu beliau menasihatkan supaya orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan penemuan tersebut. Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pantai Batu Buruk 2
#tulang manusia
#kuarters jabatan kerajaan
#serpihan tulang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan