awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
Lagi gempa bumi di Indonesia, berukuran 5.9 magnitud di kepulauan Tanimbar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis terima 305 laporan mangsa ribut dan puting beliung di Ipoh

Bernama
Bernama
02/02/2022
05:55 MYT
Polis terima 305 laporan mangsa ribut dan puting beliung di Ipoh
Ratusan rumah mengalami kerosakan akibat angin ribut dan puting beliung di beberapa kawasan termasuk sekitar Kampung Tawas dan Taman Tasek Damai dan Kelebang Selatan. - Bernama
IPOH: Polis menasihatkan mangsa kejadian ribut dan puting beliung sekitar sini Ahad lepas yang masih belum membuat laporan polis supaya segera berbuat demikian di balai polis berhampiran bagi memudahkan mereka membuat tuntutan dan mendapatkan bantuan kerajaan.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata setakat ini pihaknya telah menerima 305 laporan daripada mangsa kejadian itu.
Katanya setakat ini, tiada kecurian harta benda dilaporkan dan pasukan keselamatan berjaya mengawal keadaan dengan rondaan termasuk oleh kereta peronda polis (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal di lokasi-lokasi terjejas, malah anggota di balai juga ditugaskan di lokasi berkenaan dari semasa ke semasa.
Beliau berkata polis turut membuat kawalan bagi mengelak kejadian curi besi dan zink rumah yang dialihkan angin ribut dan puting beliung itu oleh pihak yang cuba mengambil kesempatan mencuri barang-barang yang mempunyai nilai di kawasan berkenaan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Program Penyampaian Sumbangan Skuad Musa'adah Keluarga Malaysia Agensi di Bawah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kepada mangsa ribut dan puting beliung di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Tawas di sini hari ini.
Ratusan rumah di beberapa kawasan iaitu Taman Desa Seri Chepor, Kampung Tawas, Taman Tasek Damai dan Kampung Seri Klebang Tambahan Jaya di sini didapati terkesan dengan kejadian ribut dan puting beliung pada kira-kira pukul 6 petang itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#puting beliung
#polis
#rondaan
#mangsa ribut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan