awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar kelahiran Jepun 2025 dijangka cecah paras terendah dalam sejarah
Suspek kes letupan di Nilai direman seminggu
Persiapan bekalan daging Ramadan, Aidilfitri 2026 sudah bermula - Mohamad Sabu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis terima laporan 3 kes rogol, liwat libatkan pelajar sekolah di Kota Bharu

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
05/09/2022
22:40 MYT
Polis terima laporan 3 kes rogol, liwat libatkan pelajar sekolah di Kota Bharu
Polis menerima tiga laporan kes rogol membabitkan tiga pelajar sekolah menengah di Kota Bharu pada 2 dan 3 September lepas. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Polis menerima tiga laporan kes rogol membabitkan tiga pelajar sekolah menengah di Kota Bharu, Kelantan pada 2 dan 3 September lepas.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner, ACP Mohd Rosdi Daud memaklumkan dua daripada kejadian rogol tersebut berlaku di kawasan sekolah yang sama melibatkan mangsa dan suspek yang berbeza.
"Berdasarkan siasatan yang dijalankan mendapati kejadian yang dilakukan secara sukarela bersama pasangan kekasih masing-masing.
"Tiga suspek yang terlibat telah ditangkap dengan dua daripada suspek merupakan pelajar sekolah menengah dan seorang kelindan lori berumur antara 17 tahun dan 19 tahun," katanya menerusi satu kenyataan malam tadi.
Mohd Rosdi berkata hasil ujian saringan awal dadah ke atas kesemua suspek didapati negatif dadah dan tiada rekod jenayah lampau.
Kesemua suspek direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lapan hingga 30 tahun, dan sebatan.
Topic Berkaitan
#kes rogol
#liwat
#pelajar sekolah
#Kota Bharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan