awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis terima laporan dua kereta sengaja langgar sekumpulan individu

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
29/01/2025
23:00 MYT
Polis terima laporan dua kereta sengaja langgar sekumpulan individu
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung sekumpulan lelaki yang cedera selepas dilanggar dua buah kenderaan yang dipandu secara melulu di hadapan sebuah kelab di Brickfields, Kuala Lumpur, pada Rabu.
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung sekumpulan lelaki yang cedera selepas dilanggar dua buah kenderaan yang dipandu secara melulu di hadapan sebuah kelab di Brickfields, ibu negara, pada Rabu.
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Ku Mashariman Ku Mahmood, dua kenderaan jenis Toyota Hilux dan Toyota Vios dilihat keluar secara tergesa-gesa dari sebuah bangunan tempat letak kereta sebelum merempuh kumpulan lelaki terbabit.
"Insiden tersebut menyebabkan dua individu mengalami kecederaan dengan salah seorang daripada mangsa telah dihantar ke hospital menaiki ambulans.
"Sehingga kini, kesemua mangsa masih belum membuat laporan polis.
"Bagaimanapun, pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan kes sedang dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Sehubungan itu beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, atau melaporkannya di mana-mana balai polis berdekatan.
Topic Berkaitan
#laporan polis
#dua kereta sengaja langgar
#sekumpulan lelaki dilanggar
#Brickfields
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan