awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis terima laporan insiden kekecohan di klinik kecantikan

Sinar Harian
Sinar Harian
13/08/2022
21:45 MYT
Polis terima laporan insiden kekecohan di klinik kecantikan
Seorang lelaki menimbulkan kekecohan di sebuah klinik kecantikan di Kepong pada Jumaat. Gambar kanan: Lelaki berkenaan turut membuat siaran langsung di Facebook. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis telah menerima aduan berkaitan insiden kekecohan seorang lelaki yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan sebuah klinik kecantikan di Kepong pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, dalam kejadian pada jam 3.30 petang itu, suspek meminta klinik tersebut untuk membayar ganti rugi kerana didakwa telah menyebabkan kecacatan pada wajahnya.
"Suspek juga telah membuat rakaman video secara langsung di Facebook, ia bertujuan untuk memburukkan premis itu serta mengganggu pelanggan yang datang ke premis tersebut.
"Suspek juga bertindak menjerit-jerit dan menekan butang loceng pintu premis tersebut," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Eng Lai berkata, hasil semakan mendapati satu video berdurasi enam minit 32 saat telah tular di media sosial berkaitan kejadian itu.
"Kes telah disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998," ujarnya.
Eng Lai berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak sewenang-wenangnya memuat naik sebarang rakaman audio ataupun video yang boleh menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan masyarakat.
"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat terhadap insiden ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul 03-40482222," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#klinik kecantikan
#Beh Eng Lai
#bayar ganti rugi
#kecacatan pada wajah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan