awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis terima laporan kes kucing diseret

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
23/11/2024
13:29 MYT
Polis terima laporan kes kucing diseret
Rusdi Mohd Isa berkata, kes itu diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk tindakan lanjut. - Gambar FB Dunia Kucing Malaysia
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan ke atas seorang lelaki yang bertindak menganiayai seekor kucing dengan mengikat tali di leher haiwan itu sebelum diseret dalam kejadian di Scott Garden Soho di sini pada Sabtu.
Video berdurasi 14 saat itu tular di media sosial sejak Sabtu itu turut mendapat reaksi netizen termasuk ada yang meletakkan alamat penuh suspek di ruangan komen video berkenaan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang individu pada jam 5.26 petang selepas kejadian itu tular.
"Kita serahkan laporan polis dan visual TikTok kes ini kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Rusdi memberitahu, kes ini disiasat mengikut Seksyen 29(1) E Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
Topic Berkaitan
#media sosial
#kucing
#zalim ke atas haiwan
#Kekejaman haiwan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan