awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis terima laporan kes pelajar dipukul di sekolah

Bernama
Bernama
28/04/2022
07:15 MYT
Polis terima laporan kes pelajar dipukul di sekolah
Laporan polis telah dibuat oleh mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi pagi tadi. - Sumber: Video tular/Media sosial
ALOR SETAR: Polis mengesahkan menerima laporan berkaitan kes seorang pelajar lelaki berumur 16 tahun dipercayai dipukul beberapa pelajar lain yang tular menerusi satu rakaman video hari ini.
Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata kejadian yang dipaparkan dalam video berdurasi 25 saat itu disahkan berlaku di sebuah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di Langkawi.
"Laporan polis telah dibuat oleh mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi pagi tadi. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada pukul 9 pagi semalam dalam sebuah kelas di sekolah tersebut.
"Punca kejadian dipercayai akibat perselisihan faham antara mangsa dan pelajar-pelajar yang lain. Mangsa telah dirujuk ke hospital sebaik menerima laporan polis dan hasil pemeriksaan doktor mendapati tiada kecederaan fizikal pada mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Shariman berkata kesemua suspek sedang dikenal pasti dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelajar dipukul
#video viral
#sekolah
#Langkawi
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan