awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis teruskan operasi mencari adik William

Bernama
Bernama
22/01/2013
14:19 MYT
Polis teruskan operasi mencari adik William
Polis akan meneruskan operasi mencari William Yau Zhen Zhong, 6, yang dilaporkan hilang di hadapan sebuah kedai elektronik, di Jalan Putra Mahkota 7/6C, Putra Height, Subang Jaya dekat sini, sejak Rabu lepas.
Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli meminta orang ramai terutamanya yang berada di kawasan itu semasa kejadian untuk membantu sekiranya mempunyai sebarang maklumat.
"Kami telah menubuhkan pasukan khas untuk mencari kanak-kanak itu namun setakat ini masih belum mendapat apa-apa maklumat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya dekat sini Selasa.
Beliau berkata polis telahpun menonton beberapa rakaman kamera litar tertutup yang dipasang di kawasan itu namun tidak mendapat sebarang maklumat.
Dalam kejadian itu, anak kedua daripada tiga beradik itu dilaporkan hilang di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights dekat sini selepas dipercayai keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak itu diminta menghubungi polis di talian 03-56319800, 012-2197133 atau menelefon bapa mangsa Yau Kok Kang, 016-9691616.
Topic Berkaitan
#orang hilang
#William Yau Zhen Zhong
#Yahaya Ramly
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan