Polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan anti Lynas atau mana-mana pihak yang bercadang mengadakan perhimpunan haram di kawasan kilang Lynas, dekat Kawasan Perindustrian Gebeng di sini.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata kertas siasatan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan telah dibuka berikutan laporan polis yang dibuat oleh Syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd pada 16 Jun lepas mendakwa penyokong kumpulan anti-Lynas, iaitu Kumpulan Hijau mahu mengadakan perhimpunan berhampiran kilang mereka.
"Bagaimanapun polis telah mendapat perintah injunksi dari Mahkamah Majistret Kuantan bagi melarang mana-mana pihak terutamanya anggota Kumpulan hijau dan individu untuk menghampiri, berhimpun, memprotes serta mengadakan halangan di Syarikat Lynas dalam lingkungan 20 meter dari bangunan Lynas.
"Sehubungan itu tindakan tegas akan diambil kepada sesiapa yang ingkar dengan perintah mahkamah ini dan polis boleh menahan mereka yang terbabit tanpa waran tangkap ke atas mana-mana penganjur atau peserta terlibat dengan perhimpunan haram itu menurut Seksyen 20 Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis daerah Kuantan di sini hari Sabtu.
Katanya perhimpunan yang dijangka melibatkan kira-kira 1,000 peserta.
"Kita percaya perhimpunan ini boleh mendatangkan ancaman kepada nyawa orang awam termasuk peserta yang terlibat sama ada berlaku rusuhan, pergaduhan dan kemusnahan harta benda awam.
"Jadi, saya menyeru agar pihak terbabit yang merancang untuk mengadakan perhimpunan ini supaya membatalkan hasrat mereka dan akur dengan perintah yang dikeluarkan mahkamah," kata Abdul Aziz.
Beliau berkata sehingga hari ini polis tidak pernah menerima sebarang permohonan daripada Kumpulan Hijau untuk mengadakan sebarang perhimpunan.
"Ini bukan cara yang betul untuk protes. Jika tak puas hati boleh ikut saluran yang betul kerana Kumpulan Hijau ini mendatangkan keresahan di kalangan pekerja Syarikat Lynas dan penduduk setempat," katanya.
Bernama
Sat Jun 21 2014
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Nahas Helikopter: Wira negara, damailah anda di sana
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia. Bingkisan ini, istimewa buat semua wira yang kini berada di negara abadi.
PRK KKB: Serangan peribadi tak jejas kempen calon PH
Serangan peribadi oleh pihak lawan tidak sesekali menjejaskan perjalanan kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu ini.
Mayat lelaki hanyut ditemukan di bawah Jambatan Tanjung Lumpur
Mayat seorang lelaki yang hanyut di Sungai Kuantan dijumpai di bawah Jambatan Tanjung Lumpur di sini, kira-kira pukul 3 petang tadi.
36 penumpang, dua pemandu bas ekspres, nyaris maut bas terbabas dekat Kuantan
Bomba mendapat panggilan berhubung kejadian itu pada 5.02 pagi dan tiba di lokasi kejadian 13 minit kemudian.
Tragedi EIMARace: Kertas siasatan ke Jabatan Peguam Negara minggu depan
Polis Kuantan telah merakamkan percakapan isteri mangsa Siti Suhaiza Seman pada tiga hari lepas, manakala keterangan pihak terlibat EIMARace 2016 diambil pada peringkat awal siasatan.
Polis tidak teragak bertindak terhadap kumpulan anti Lynas yang berhimpun
Lynas Malaysia mendakwa penyokong kumpulan anti-Lynas mahu mengadakan perhimpunan berhampiran kilang mereka.