awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Emas boleh langkau RM700 segram di Malaysia susulan pengukuhan ringgit
Malaysia di landasan tepat jadi tuan rumah APG 2027 - KBS
Sektor kreatif digital, animasi berimpak tinggi agenda baharu TVET - TPM Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tingkat kawalan sempadan M'sia-Thai sempena Aidilfitri

Bernama
Bernama
24/05/2019
02:32 MYT
Polis tingkat kawalan sempadan M'sia-Thai sempena Aidilfitri
GAMBAR FAIL: Anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor lengkap bersenjata melakukan rondaan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand. - BERNAMA
Polis akan meningkatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand terutama di Kelantan dalam usaha untuk mengekang penyeludupan barangan terlarang terutama dadah, senjata api dan mercun, menjelang ketibaan sambutan Aidilfitri ini.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Ibupejabat Polis Bukit Aman Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata pegawai dan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) serta Polis Marin telah diberi arahan supaya meningkatkan kawalan di sempadan terutama sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.
"Yang mustahaknya kita beri penekanan terhadap penyeludupan mercun kerana kita pun sedia maklum benda ini merbahaya kepada semua pihak selain ia juga tak beri sebarang faedah.
"Justeru saya dan Ketua Polis Kelantan (Datuk Hasanuddin Hassan) ada berpesan kepada pegawai dan anggota di sini untuk memberi fokus kepada barangan terlarang tadi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Solat Sunat Terawih bersama pegawai dan anggota PGA Batalion 9 di Markas Taktikal PGA di Lubok Stol yang turut dihadiri Hasanuddin dan Komander Briged Tenggara PGA 9 SAC Khaled Che Lah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dadah
#Jabatan Keselamatan Dalam Negeri
#Kelantan
#mercun
#penyeludupan barangan terlarang
#polis tingkat kawalan
#sempadan Malaysia Thailand
#senjata api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan