KUALA LUMPUR: Polis Daerah Dang Wangi akan mempertingkat kawalan dan anggota di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bagi mengawal kelancaran proses vaksinasi mega di lokasi berkenaan, bermula hari ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata seramai 10 pasukan terdiri daripada 10 pegawai dan 70 anggota akan ditempatkan khususnya bagi mengawal pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
Katanya, setakat ini proses pemberian vaksin mega di PPV tersebut masih terkawal, dan pihaknya akan menambah bilangan keanggotaan jika perlu.
"Saya telah mengarahkan semua pegawai dan anggota untuk sentiasa memberi peringatan dengan menggunakan pembesar suara supaya semua yang hadir mendapatkan suntikan vaksin pada hari ini dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan menjaga penjarakan fizikal.
"Justeru itu, pasukan saya akan sentiasa memberi peringatan dari semasa ke semasa dengan menggunakan pembesar suara bagi memastikan tidak ada kumpulan ramai, melanggar SOP serta mereka sentiasa berada paling kurang satu meter antara satu sama lain," katanya kepada Astro AWANI selepas membuat tinjauan di PPV WTCKL, di sini.
BACA: Vaksin: WTC Kuala Lumpur jadi 'test case' PPV berskala besar - Khairy
Hasimi Muhamad
Sat May 15 2021
Zainal (gambar) berkata setakat ini proses pemberian vaksin mega di PPV tersebut masih terkawal, dan pihaknya akan menambah bilangan keanggotaan jika perlu. - Bernama
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
AstraZeneca berjaya batalkan saman 12 individu berhubung isu suntikan vaksin COVID-19
Hakim Mahkamah Tinggi Dr Suzana Muhamad Said membenarkan permohonan Astrazeneca untuk membatalkan saman itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.
JKNK sasar lebih 50,000 kanak-kanak terima suntikan vaksin pneumokokal
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menyasarkan lebih 50,000 kanak-kanak di negeri ini yang lahir pada tahun 2018 dan 2019 menerima suntikan vaksin pneumokokal secara percuma.
1,142,104 kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin
47.7 peratus daripada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Lebih 2.8 juta remaja di Malaysia lengkap vaksinasi
Sejumlah 22,951,201 atau 97.5 peratus daripada populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi mereka.
Lebih 400,000 populasi kanak-kanak di Malaysia terima vaksin COVID-19
Sejumlah 13,924,411 atau 59.2 peratus populasi dewasa di dalam negara pula telah menerima dos penggalak COVID-19.
Vaksin COVID-19: 10.257 bilion dos didaftarkan seluruh dunia
China mendahului dengan lebih tiga bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.
Itali mansuh arahan pelitup muka di luar rumah
Arahan pemakaian pelitup muka masih terpakai di tempat awam yang tertutup dan dalam pengangkutan awam.
Vaksin COVID-19: 10.11 bilion dos didaftarkan seluruh dunia
China mendahului dengan lebih tiga bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.
Vaksin COVID-19: 10.04 bilion dos didaftarkan seluruh dunia
China mendahului dengan lebih tiga bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.
Vaksin COVID-19: 10.02 bilion dos didaftarkan seluruh dunia
China mendahului dengan lebih 3 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.