KUANTAN: Polis memberkas dua buruh binaan ahli 'Geng Mirul Dog' yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah dan curi di sekitar daerah ini, Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata kedua-dua lelaki tempatan berumur 32 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Balok, di sini pada 6.30 petang oleh sepasukan polis ketika operasi khas sempena Tahun Baharu Cina.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek aktif melakukan kegiatan terbabit sejak Oktober tahun lepas dengan mengumpil pintu rumah yang tidak berpenghuni pada siang hari.
Katanya, dengan penangkapan itu polis berjaya menumpaskan kumpulan berkenaan sekali gus menyelesaikan lapan kes pecah rumah yang dilaporkan berlaku di Kampung Pandan, Air Putih, Indera Mahkota dan Beserah melibatkan kerugian dianggarkan mencecah RM100,000.
"Polis turut merampas kereta jenis Proton Waja, peralatan pecah rumah, telefon bimbit, komputer riba, jam tangan dan barangan perhiasan wanita. Siasatan lanjut untuk mengenal pasti sama ada terdapat ahli geng yang masih bebas diteruskan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini hari ini.
Susulan daripada tangkapan itu, Wan Mohd Zahari berkata pihaknya turut menahan seorang warga emas berusia 71 tahun di sini pada Isnin lepas yang berperanan sebagai pembeli barangan perhiasan wanita daripada suspek.
Beliau berkata kedua-dua suspek geng terbabit mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan narkotik dan ujian saringan urin mendapati mereka positif dadah.
Kedua-dua mereka direman hingga 3 Feb ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan manakala warga emas yang dilepaskan dengan jaminan polis atas faktor kesihatan disiasat di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, beliau memaklumkan pihaknya mengeluarkan sejumlah 1,115 saman atas pelbagai kesalahan menerusi Op Selamat bermula 18 hingga 27 Jan dengan kompaun memandu melebihi had laju mencatatkan rekod tertinggi iaitu sebanyak 226 saman.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 01 2023
Polis mendapati kedua-dua suspek aktif melakukan kegiatan terbabit sejak Oktober tahun lepas dengan mengumpil pintu rumah yang tidak berpenghuni pada siang hari. - Gambar hiasan
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Kegiatan muat turun bahan lucah kanak-kanak masih berleluasa - PDRM
Kegiatan memuat turut dan berkongsi kandungan lucah kanak-kanak atau bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM) dalam talian, masih pada tahap membimbangkan.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar meninggal dunia
Allahyarham difahamkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.15 pagi tadi.
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.
'Sheriff' karya paling jujur, janjikan kelainan sisi polis - Yusof Haslam
Yusof Haslam berkata keterbukaan PDRM dengan memberikan 'lampu hijau' dalam pembikinan filem arahan Shafiq Yusof itu telah melancarkan penghasilannya.
Kemalangan jalan raya: Malaysia aman damai tapi rekod 6,000 kematian dalam setahun
Angka kematian itu sangat besar memandangkan Malaysia sebuah negara aman dan damai, tidak terlibat dalam konflik peperangan.
Rogol bawah umur meningkat, bermula daripada 'grooming' - PDRM
Kes jenayah rogol membabitkan gadis bawah umur menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh tiga tahun lepas.
Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang
Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pelajar tingkatan empat yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Ara Damansara, Petaling Jaya, sejak Sabtu lalu.
Aidilfitri: Op Selamat 22 tumpu kurangkan kemalangan
Op Selamat 22 bermula 8 hingga 13 April memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan kadar kemalangan ke tahap paling minimum, serta memastikan aliran trafik lancar sepanjang musim perayaan Aidilfitri.
Polis rampas 1,145 kasut guna logo mirip kalimah Allah - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas sebanyak 1,145 pasang kasut bagi membantu siasatan berkaitan logo kasut didakwa mirip kalimah Allah.