GEORGE TOWN: Empat rakyat tempatan termasuk pasangan suami isteri yang merupakan ahli sindiket pengedaran dadah, ditahan bersama 21 kilogram (kg) ganja bernilai RM66,000 dalam tiga serbuan di sekitar Georgetown, antara 10 malam semalam hingga 11 pagi tadi.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Khaw Kok Chin berkata serbuan dilakukan JSJN Pulau Pinang menerusi Operasi Terancang, hasil maklumat dan risikan berkaitan kegiatan mengedar dadah di negeri ini.
Beliau berkata dalam serbuan pertama pihaknya telah menahan dua lelaki yang merupakan runner di tempat letak kereta di kawasan Georgetown, serta merampas satu kotak mengandungi lima ketulan mampat ganja dianggarkan seberat 5,000 gram (g) bernilai RM17,000.
"Soal siasat terhadap kedua suspek berkenaan membawa kepada penahanan seorang lelaki yang juga dalang sindiket di kawasan Tanjung Tokong.
"Berdasarkan pandu arah oleh suspek, pihak polis kemudian menyerbu ke sebuah unit kondominium yang disewa suspek di Tanjung Tokong dan telah menahan suspek keempat, seorang wanita yang juga isteri kepada dalang sindiket itu.
"Pemeriksaan di dalam rumah terbabit kemudian menemukan satu kotak plastik berwarna biru mengandungi 14 ketulan mampat daun ganja seberat 12,000g yang dianggarkan bernilai RM37,000 dan sebuah kotak berwarna coklat mengandungi 14 bungkusan ganja seberat 4,000g bernilai RM12,000, dengan nilai rampasan keseluruhan ialah RM66,000," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini, hari ini.
Turut dirampas di unit kondominium itu ialah pucuk ganja atau dikenali sebagai jantung ganja, dan dikatakan mempunyai permintaan tinggi di pasaran.
Selain itu, Khaw polis turut menyita sebuah kereta dan motosikal digunakan suspek bagi menjalankan kegiatan tersebut dengan nilai sitaan sebanyak RM12,000.
Beliau berkata harga bagi pucuk ganja itu juga lebih mahal berbanding ganja sedia ada, dengan harga pasaran boleh mencecah RM5,000 sekilogram, manakala RM3,100 sekilogram bagi ganja biasa.
"Hasil risikan, sindiket sudah beroperasi sejak September tahun lepas dan mengedarkan dadah tersebut untuk pasaran tempatan. Jumlah rampasan ini boleh digunakan seramai 50,000 penagih," katanya.
Khaw berkata saringan air kencing yang dijalankan mendapati, suspek pertama positif dadah serta mempunyai rekod tiga rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.
Beliau berkata kesemua suspek berusia antara 28 hingga 41 tahun itu kini direman selama tujuh hari sehingga 14 Mac depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 08 2024
Khaw berkata serbuan dilakukan JSJN Pulau Pinang menerusi Operasi Terancang, hasil maklumat dan risikan berkaitan kegiatan mengedar dadah di negeri ini. - Gambar FB PDRM Pulau Pinang
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif sektor swasta - PM Anwar
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif melibatkan sektor swasta, selaras dengan penambahbaikan gaji dan elaun penjawat awam, kata PM.
MB Inc Perak rangkul Pemegang Lesen Terbaik Bahan Radioaktif
Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) menerusi anak syarikatnya, Amanjaya Global Sdn Bhd, diiktiraf sebagai Pemegang Lesen Terbaik untuk Kategori Bahan Radioaktif(Kawalan VI) bagi tahun 2021-2023.
Forum Air Dunia ke-10: Badan PBB gariskan dua acara untuk elak krisis air
ESCAP telah menekankan dua langkah yang boleh membantu memastikan kekurangan air bermusim, kemarau dan bencana berkaitan air tidak bertukar menjadi krisis yang berlarutan.
Kedutaan China lancar lagu khas sempena sambutan jubli emas Malaysia-China
Lagu berdurasi empat minit dan 19 saat itu telah dimuat naik di laman sosial Facebook rasmi kedutaan pada Selasa.
Nurul Izzah mahu 'berguru' dengan Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus
The Pocket Rocket Women mahu menimba ilmu dengan Azizulhasni Awang serta Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang berpengalaman.
Kelantan cadang adakan pakej umrah menerusi penerbangan terus dari LTSIP
Cadangan itu bukan sahaja memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan, malah penduduk Terengganu dan empat wilayah di Selatan Thailand.
Rapid Bus, Volvo meterai MoU operasi percubaan bas elektrik
Rapid Bus Sdn Bhd dan Volvo Buses Malaysia menandatangani MoU pelaksanaan operasi percubaan bas elektrik baharu Volvo BZL-GML Eco Range.
Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Pasangan warga emas maut dalam kemalangan babit dua kereta
Sepasang suami isteri warga emas maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Lingkungan, Beaufort, tengah hari tadi.
Suami isteri maut, motosikal berkuasa tinggi rempuh pokok
Polis berkata dalam kejadian 9.15 pagi itu mangsa dipercayai memasuki laluan bertentangan dari arah Jeli ke Dabong.
Suami isteri mengaku tidak bersalah miliki senjata api
Abdul Azim Mohd Yasin dan Sharifah Faraha Syed Husin membuat pengakuan itu sebaik saja pertuduhan dibaca secara berasingan kepada mereka di hadapan hakim.
Suami isteri bekal senjata api kepada lelaki Israel diberkas
Suspek warga tempatan berusia 42 dan 40 tahun itu ditahan di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor pada Jumaat.
Suami isteri bunuh anak terlepas hukuman mati, penjara 30 tahun
Panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail mengarahkan hukuman pemenjaraan tersebut bermula dari tarikh tangkap pada 26 Mei 2017.
Suami isteri berputih mata wang simpanan RM32,000 lesap dilarikan dua lelaki
Sepasang suami isteri kerugian RM32,000 apabila wang simpanan mereka dilarikan oleh dua lelaki dari bilik sewa didiami di Jalan Changkat Jong, Teluk Intan, minggu lepas.
Polis tumpas sindiket pengedaran dadah, tahan empat suspek termasuk suami isteri
Empat rakyat tempatan termasuk pasangan suami isteri yang merupakan ahli sindiket pengedaran dadah, ditahan bersama 21 kilogram (kg) ganja bernilai RM66,000 dalam tiga serbuan di sekitar Georgetown.
Berebut harta, suami isteri mati dibunuh
Suami isteri ditemui mati dipercayai dibunuh di kawasan kebun sawit dekat Pantai Remis, Manjung pada Selasa.
Suami isteri lagak samseng di Jambatan Pulau Pinang dihukum
Sepasang suami isteri mengaku bersalah di Mahkamah Majistret terhadap pertuduhan menakutkan secara jenayah yang dilakukan kepada dua lelaki.
Suami isteri direman seminggu bantu siasatan kes seleweng wang zakat MAIPk
Pasangan suami isteri yang ditahan kerana disyaki menyeleweng kutipan zakat MAIPk berjumlah RM9.62 juta, direman tujuh hari.