awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tumpaskan cubaan seludup dadah bernilai RM3.2 juta di Tumpat

Bernama
Bernama
03/11/2024
03:00 MYT
Polis tumpaskan cubaan seludup dadah bernilai RM3.2 juta di Tumpat
Polis menemui beberapa kotak yang mengandungi 216,000 biji pil Yaba, dengan anggaran berat melebihi 25 kilogram, dipercayai diseludup dari Thailand.
KOTA BHARU: Sebanyak 216,000 biji pil Yaba bernilai RM3.24 juta berjaya dirampas sepasukan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menerusi Op Taring Sky di Kampung Laut, Tumpat, semalam.
Komander Briged Tenggara PGA SAC Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan tersebut dibuat selepas anggota Batalion 8 menjalankan serbuan di tepi sungai di kampung itu berdasarkan maklumat yang diterima pada kira-kira pukul 10 malam.
"Semasa pemantauan berikutan maklumat mengenai penyeludupan dadah, anggota PGA yang sedang melakukan intipan terlihat dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di tepi sungai.
"Sebaik menyedari kehadiran anggota PGA, kedua-dua lelaki tersebut segera melarikan diri dengan tergesa-gesa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata pemeriksaan di kawasan tersebut menemukan beberapa kotak yang mengandungi 216,000 biji pil Yaba, dengan anggaran berat melebihi 25 kilogram, yang dipercayai diseludup dari Thailand.
"Kesemua barangan rampasan dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PGA
#pil yaba
#Seludup dadah
#serbuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan