awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sebuah lagi PPS dibuka di Segamat, mangsa banjir di Johor kini 148 orang
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
Fury Redemption: Ez Ghazali atasi jaguh Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tumpaskan sindiket curi elektrik lombong bitcoin

Bernama
Bernama
19/03/2021
02:47 MYT
Polis tumpaskan sindiket curi elektrik lombong bitcoin
Mohd Said berkata TNB turut mengalami kerugian sebanyak RM105,000 sebulan akibat aktiviti haram itu yang dilakukan sejak enam hingga tujuh bulan lepas. - Gambar fail BERNAMA
SEREMBAN: Polis menumpaskan sindiket mencuri bekalan elektrik bagi menjalankan kegiatan perlombongan bitcoin menerusi serbuan di tiga premis rumah kedai di sekitar kawasan Seremban 3 melibatkan nilai rampasan RM528,000.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata operasi bersepadu dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu menyerbu kedai pertama dengan merampas 82 unit mesin perlombongan bitcoin.
“Kedai kedua sebanyak 102 mesin bitcoin dan kedai seterusnya 80 mesin bitcoin dirampas. Selain itu, seorang lelaki ditangkap dipercayai terlibat dalam aktiviti perlombongan bitcoin ini.
“Hanya seorang tangkapan setakat ini, siasatan akan dijalankan bagi mencari siapa dalang di sebalik aktiviti ini, saya percaya dia adalah penjaga premis,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata TNB turut mengalami kerugian sebanyak RM105,000 sebulan akibat aktiviti haram itu yang dilakukan sejak enam hingga tujuh bulan lepas.
Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 kerana mencuri bekalan elektrik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#curi
#Bitcoin
#elektrik
#lombong
#kerugian
#polis
#Seremban 3
#Mohd Said Ibrahim
#TNB
#serbuan
#mesin perlombongan Bitcoin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan