awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tunggu laporan forensik untuk kenal pasti identiti penunggang rentung

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
28/12/2023
02:20 MYT
Polis tunggu laporan forensik untuk kenal pasti identiti penunggang rentung
Anggota pasukan keselamatan meninjau mangsa yang rentung dalam kemalangan dengan sebuah lori di hadapan sebuah stesen minyak di Changlun, pada Rabu.
KUBANG PASU: Polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat bagi mengenal pasti identiti penunggang motosikal yang rentung dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di hadapan sebuah stesen minyak di Changlun, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk proses bedah siasat.
Beliau berkata, mangsa meninggal di tempat kejadian selepas parah di bahagian kepala dan badan serta terbakar pada bahagian kaki kiri dan kanan.
“Pengecaman identiti mangsa akan dilakukan berdasarkan padanan rekod gigi atau cap jari selain sampel darah oleh pihak forensik.
"Hasil siasatan awal, kemalangan berlaku apabila lori treler yang dipandu seorang lelaki dari arah Bukit Kayu Hitam menghala ke Jitra.
"Sebaik tiba di hadapan sebuah stesen minyak di Changlun, treler itu bergerak terus di lorong kiri, namun secara tiba-tiba motosikal ditunggang mangsa keluar dari simpang stesen minyak berkenaan, membelok ke kiri dengan menyelit di sebelah kiri treler menyebabkan berlaku perlanggaran di antara treler dan motosikal terbabit," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Rodzi berkata, mangsa dipercayai terjatuh sebelum motosikalnya terbakar dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Beliau berkata, pemandu treler berusia 39 tahun itu namun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Semalam Astro AWANI melaporkan, seorang penunggang motosikal rentung selepas motosikal yang ditungganginya terbakar dalam kemalangan dengan sebuah lori di hadapan sebuah stesen minyak di Changlun.
Topic Berkaitan
#polis
#lapoan forensik
#kemalangan
#penunggang rentung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan