awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Antoine Semenyo sah sertai Manchester City dengan yuran perpindahan 65 juta pound
Greenland kekal di bawah Denmark, AS tidak akan langgar kedaulatan - Presiden Perancis
AFCON 2025: Aksi cemerlang Amad Diallo pastikan Ivory Coast ke suku akhir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Politeknik Kota Belud dijangka siap 2031 - Zambry

Bernama
Bernama
11/11/2025
01:15 MYT
Politeknik Kota Belud dijangka siap 2031 - Zambry
Zambry (tiga, kiri) ketika merasmikan majlis perletakan batu asas Politeknik Kota Belud. - Facebook Zambry
KUALA LUMPUR: Kerajaan komited memastikan pembinaan Politeknik Kota Belud siap menjelang 2031, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata langkah itu bukan sekadar menyambung semula projek yang tertangguh sejak 2018, tetapi juga memberi harapan kepada rakyat daerah itu dan seluruh wilayah barat Sabah untuk memiliki institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) moden yang menjadi pemacu kemajuan masa hadapan.
"Pembinaan semula Politeknik Kota Belud ialah lambang tekad kerajaan untuk membawa perubahan bermakna kepada rakyat, meningkatkan kemahiran belia, serta memacu pertumbuhan industri baharu di wilayah ini," katanya menerusi catatan di Facebook semalam.
Terdahulu, beliau merasmikan majlis perletakan batu asas politeknik berkenaan yang akan memainkan peranan strategik dalam membina ekosistem bakat dan peluang pekerjaan baharu.
Beliau berkata tiga bidang berimpak tinggi akan menjadi tumpuan, iaitu teknologi maklumat berteraskan kecerdasan buatan (AI), tenaga boleh diperbaharui (RE) dan teknologi pertanian pintar.
Bidang berkenaan selaras dengan hala tuju Rancangan Malaysia Ke-13, Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), memastikan Sabah bukan sekadar mengejar arus global, tetapi turut menerajui transformasi.
"Semoga politeknik ini dapat memenuhi keperluan pendidikan dan latihan generasi masa hadapan, melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi, serta menjadi pusat inovasi yang menyokong pembangunan ekonomi Kota Belud dan Sabah secara keseluruhan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zambry Abdul Kadir
#Politeknik Kota Belud
#TVET
#pendidikan sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan