Sekumpulan penyelidik dari Politeknik Mersing (PMJ) di sini, berjaya mencipta inkubator mudah alih bagi mengesan bakteria Escherichia Coli (E-Coli) dan Coliform dalam sumber air terawat ataupun tercemar dalam tempoh yang lebih singkat.
Ketua Penyelidik Siti Farah Hussin berkata inisiatif melakukan inovasi itu tercetus apabila mendapati ahli mikrobiologi sering berdepan isu bagi menguji sampel air di kawasan punca air.
Beliau berkata, kaedah tradisional bagi menjalankan ujian terhadap sampel air itu lazimnya dilakukan di makmal dengan mengambil masa yang lama kira-kira 18 hingga 24 jam selain menuntut pemerhatian lebih kerap dan proses ini dinamakan sebagai tumbesaran bakteria.
"Inkubator ini boleh digunakan secara sambungan arus terus (DC) iaitu dengan menggunakan punca bateri yang boleh bertahan sehingga dua hari (48 jam) ataupun menerusi plag biasa bagi mengenal pasti kehadiran bakteria E.Coli dan Coliform yang boleh dilakukan di mana-mana saja.
"Menerusi kajian yang telah dilakukan dengan makmal pusat Ranhill SAJ Sri Gading, Batu Pahat, inkubator ini dapat mengenal pasti kehadiran bakteria E.Coli dan Coliform dalam tempoh enam jam sahaja," kata pensyarah daripada Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi politeknik itu dalam satu temu bual dengan Bernama di sini baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Siti Farah berkata inkubator itu menggunakan teknologi pemprosesan imej dan Internet of Things (IoT) yang kedua-duanya merupakan elemen penting dalam Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).
Beliau berkata inkubator itu juga disambungkan kepada telefon pintar yang dilengkapi dengan perisian QR Water yang dapat memasukkan data sampel air yang telah diambil selain melihat nilai 'Most Probable Number' (MPN) dan 95 peratus 'confidence limit' bagi mengesan kehadiran E.coli dan Coliform dalam sampel air.
"QR Water ini turut menggunakan teknologi 'two-factor authentication' (2FA) iaitu hanya pengguna yang didaftarkan dalam pangkalan data dapat menggunakan inkubator dan perisian QR Water ini.
"Pengguna perlu memasukkan kata laluan yang betul pada lapisan keselamatan pertama dan jika tepat pengguna akan melalui lapisan keselamatan kedua iaitu mengimbas jari pada telefon mereka," katanya.
Inovasi itu telah mendapat tajaan Geran Penyelidikan TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) 'Applied Research Grant Scheme' (T-ARGS) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) yang bernilai RM86,500.
Siti Farah berkata penyelidikan itu mendapat pengiktirafan bukan saja di dalam malah luar negara.
Turut terhasil ialah kertas kajian yang bertajuk 'Detection of Escherichia Coli Bacteria: A Review of Image Processing Methods' yang telah diterbitkan di International Journal of Software Engineering and Computer Systems (IJSECS).
"Kertas kajian ini juga telah dibentangkan di 'The 4th International Conference on Research in TVET Studies' (ICOR-TVET 2019) yang telah berlangsung di Universitas Pamulang, Indonesia.
"Selain itu, inovasi ini turut memenangi pingat emas di '2020 Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation and Technology Exposition' (IPITEx 2020), BITEC Thailand pada Februari lepas," katanya.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh menghubungi Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Politeknik Mersing di talian 07-7980001.
-- BERNAMA/NUR FARADILLA MOHAMAD
Bernama
Wed Aug 12 2020
Siti Farah (kanan) bersama Pensyarah Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi PMJ Zainolrin Saari menunjukkan perisian QR Water, iaitu hasil ciptaan Inkubator mudah alih bagi mengesan bakteria E-Coli. - Bernama
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan
Peserta industri IBFC Labuan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan supaya membenarkan kegiatan perdagangan dalam lingkungan pusat itu.
NSC2024 fokus kesiapsiagaan negara hadapi IR 4.0
NSC 2024 memberi penekanan kepada elemen daya cipta dan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi kerancakan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
Kesepakatan rentas parti antara kerajaan negeri perlu diperkukuh untuk jamin bekalan air
Soal tarif juga perlu diberi perhatian kerana sektor air disifatkan sebagai tidak ekonomi di Malaysia, memandangkan ia berada pada kadar terlalu rendah.
Jepun selesai pusingan pertama pelepasan air radioaktif loji Fukushima
Pengendali loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi Jepun yang musnah pada Isnin berkata pusingan pertama pelepasan air terawat ke laut telah selesai.
Tiada peningkatan aras keradioaktifan di perairan negara dikesan - Atom Malaysia
Tiada peningkatan aras keradioaktifan di perairan negara dikesan ketika ini susulan pelepasan air terawat oleh kerajaan Jepun dari loji nuklear Fukushima ke Lautan Pasifik
Tiada perselisihan dalaman babitkan laporan Fukushima - IAEA
Laporan itu dilihat sebagai "restu" untuk rancangan Jepun yang dijangkakan bermula pada Ogos.
Air terawat: Perak sedia bincang dengan Pulau Pinang - MB
Pulau Pinang telah menyatakan hasrat untuk membeli air terawat daripada negeri Perak, bukannya air mentah seperti sebelum ini.
Isu NRW perlu ditangani secara holistik, perbelanjaan modal besar - Nik Nazmi
Tahun lepas, SPAN melaporkan purata NRW negara adalah 37.2 peratus yang mengakibatkan pembaziran air terawat sebanyak 7.084 juta liter sehari.
KASA teliti permohonan RM1.7 bilion kerajaan Kelantan atasi masalah air
KASA akan memastikan masalah air di Kelantan menjadi antara keutamaan untuk diselesaikan.
Bekalan air Selangor pulih secara berperingkat mulai 2 petang ini
Kawasan-kawasan tersebut mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 9 malam semalam apabila kerja-kerja pembaikan dijalankan.
Model tadbir urus Wakaf Air dalam proses untuk dimuktamadkan - Tuan Ibrahim
Che Alias meminta kerajaan menyatakan secara terperinci rangka pelan dan rancangan kajian rintis pembangunan Wakaf Air di negara ini.
Politeknik Mersing cipta inkubator kesan pencemaran dalam sumber air terawat
Inisiatif itu tercetus apabila mendapati ahli mikrobiologi sering berdepan isu bagi menguji sampel air di kawasan punca air.