Sebaik sahaja habis cuti bersalin, kebanyakkan keluarga atau pasangan yang tidak mampu mengambil pembantu rumah akan menghantar anak seawal usia dua bulan ke rumah penjagaan kanak-kanak atau taska.

Perkara ini dilihat sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan, memandang keadaan ekonomi yang semakin membebankan yang memerlukan si ibu untuk bekerja bagi membantu meringankan ekonomi keluarga.

Malah, kes-kes kematian bayi yang berlaku di taska atau pusat penjagaan kanak-kanak adalah antara perkara yang paling dirisaukan oleh ibubapa.

Tambahan pula kes sedemikian bukanlah lagi asing bagi negara kita.

Antara kes terbaru yang dilaporkan adalah kematian seorang bayi berusia empat bulan yang didapati meninggal dunia ketika ibu bapanya mahu mengambilnya dari sebuah taska di Desa Pinggiran Putra.

Pengasuh taska berkenaan juga turut tidak menyedari bahawa bayi tersebut, Azeem Rifhan telah meninggal dunia kerana menyangka sedang tidur nyenyak.

Untuk mengelak perkara ini berlanjutan, adakah patut golongan ibu diberikan cuti bersalin lebih dari apa yang telah ditetapkan kerajaan iaitu 60 hingga 90 hari.

Memandangkan, kebanyakkan bayi yang berusia dua hingga enam bulan masih perlu dipantau dengan lebih teliti oleh pihak ibu bapa.

Penambahan cuti bersalin dilihat boleh mendatangkan kebaikkan dari aspek kekeluargaan, pembangunan modal insan dan kesihatan reproduktif penduduk.

Ini sekaligus dapat menggalakkan penyusuan susu ibu sepenuhnya untuk bayi yang baru dilahirkan, malah ia dapat meningkatkan kesejahteraan keluarga dan rakyat umumnya.



Anda dialu-alukan untuk meninggalkan komen atau cadangan di ruangan yang disediakan seperti di bawah.