awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ponggal cerminkan kekuatan Malaysia dalam kepelbagaian - Saraswathy

Bernama
Bernama
13/01/2025
15:20 MYT
Ponggal cerminkan kekuatan Malaysia dalam kepelbagaian - Saraswathy
Perayaan seperti Ponggal mengingatkan masyarakat tentang nilai keharmonian, saling menghormati dan perkongsian tradisi yang menyatukan negara serta mencerminkan kekuatan Malaysia dalam kepelbagaiannya. - Foto FB Saraswathy Kandasami
KUALA LUMPUR: Perayaan seperti Ponggal mengingatkan masyarakat tentang nilai keharmonian, saling menghormati dan perkongsian tradisi yang menyatukan negara serta mencerminkan kekuatan Malaysia dalam kepelbagaiannya, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K Saraswathy.
Menerusi mesej sempena Ponggal atau Pesta Menuai yang akan disambut oleh masyarakat India esok, beliau menekankan kepentingan sambutan berkenaan dalam memupuk perpaduan dan keterangkuman.
"Ponggal adalah masa untuk mensyukuri, pembaharuan dan kemakmuran - meraikan hubungan kita dengan alam semula jadi, kerja keras dan rahmat hasil tuaian yang melimpah ruah.
"Ia adalah waktu untuk berterima kasih atas berkat hasil tuaian yang melimpah, untuk menghargai ikatan kekeluargaan dan memupuk semangat perpaduan dan kebersamaan," katanya dalam kenyataan kepada Bernama.
Saraswathy juga berharap perayaan ini akan membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik dan kejayaan cemerlang kepada semua yang menyambutnya.
"Semoga Ponggal kali ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik dan kejayaan melimpah kepada semua orang yang disayangi," katanya.
Ponggal adalah perayaan menuai yang disambut oleh komuniti India di serata dunia, termasuk Malaysia. Perayaan ini menandakan penghargaan kepada dewa matahari (Surya) serta bumi (Bhoomi) atas hasil tuaian yang melimpah dan kemakmuran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ponggal
#perayaan
#K Saraswathy
#kepelbagaian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan