Skip to main content

Malaysia

Pos Malaysia umum pengenalan caj cukai SST untuk beberapa perkhidmatan

41693817603_PosMalaysia.jpg
SEPERTI semua sedia maklum, berkuat kuasa 1 Mac 2024, kerajaan telah mengumumkan pengenalan Cukai Perkhidmatan sebanyak 8% untuk sejumlah perkhidmatan, sementara perkhidmatan logistik pula ditetapkan pada kadar 6%.

Langkah ini sekali gus membawa kepada beberapa perubahan pada caj cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan-perkhidmatan di bawah Pos Malaysia.

Berikut merupakan perkongsian berkenaan caj cukai SST untuk perkhidmatan logistik di bawah Pos Malaysia:
  • Semua produk mel kekal pada 0% SST (tiada perubahan)
  • Penghantaran antarabangsa kekal pada 0% SST (tiada perubahan)
  • Pos Laju (kurier) di bawah 30kg kekal pada 6% (tiada perubahan)
  • Pos Laju (kurier) melebihi 30kg meningkat daripada 0% kepada 6%
  • Bungkusan laut domestik: meningkat daripada 0% kepada 6%
  • Perkhidmatan untuk penghantaran motosikal: meningkat daripada 0% kepada 6% 

-Amanz


Advertisement

Must Watch Video