PosLaju, unit Pos Malaysia Bhd, melantik MPH Bookstore Sdn Bhd sebagai ejen sah rasmi untuk menjual perkhidmatan kurier prabayarnya di empat cawangan terpilih MPH.
Cawangan berkenaan ialah MPH One Utama di Petaling Jaya, MPH MidValley dan MPH Bandar Tasik Selatan, kedua-duanya di Kuala Lumpur, dan MPH Subang Parade di Subang Jaya.
PosLaju juga merupakan rakan kongsi kurier bagi MPH dalam menyediakan perkhidmatan mengambil dan menghantar bagi pesanan yang dibuat melalui kedai buku dalam talian.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pos Malaysia Bhd Shukrie Salleh berkata perkongsian dengan MPH Bookstore akan membolehkan syarikat kurier itu menambah dan menyediakan perkhidmatan kepada lebih ramai pelanggan.
"Ini akan memberi lebih banyak laluan kepada PosLaju menjual dan mempromosikan produk prabayar, seperti sampul dan kotak.
"Kami melihat permintaan bagi produk kami amat tinggi dan kami tidak mahu ia terhad kepada tempat jualan sampul dan kotak prabayar di cawangan kami sahaja," katanya kepada pemberita pada majlis pemeteraian perjanjian kerjasama antara kedua-dua syarikat di sini Jumaat.
Shukrie berkata PosLaju juga berhasrat untuk bekerjasama dengan pihak lain seperti Syarikat Prasarana Negara Bhd dan Proton Edar.
Pada masa ini, PosLaju mempunyai hampir 100 ejen sah dan Shukrie berkata syarikat merancang untuk melantik lebih banyak ejen lagi.
"Tetapi kami amat memilih dalam melantik ejen memandangkan terdapat kriteria tertentu yang kami lihat bagi memastikan mereka memenuhi keperluan kami," katanya.
Perkongsian antara PosLaju dan MPH Bookstore adalah bagi bagi tempoh setahun. Sehingga kini, MPH merupakan satu-satunya kedai buku yang menawarkan perkhidmatan ini.
Bernama
Fri Apr 05 2013

Pembersihan UMNO: Jangan salahkan Presiden, itu keputusan Lembaga Disiplin - Saarani
Saarani berkata sebagai ahli perlu akur kepada perlembagaan dan peraturan parti bahawa mana-mana ahli yang membuat silap dan melanggar disiplin akan dikenakan tindakan.

COVID-19 | Perancis lanjutkan ujian COVID bagi pelancong dari China
Perancis memutuskan untuk melanjutkan ujian COVID-19 terhadap pelancong yang tiba dari China sehingga 15 Februari kerana terdapat beberapa situasi dan perkembangan baharu.

Kerakusan Zahid bakal ranapkan UMNO - Penganalisis politik
Kerakusan Ahmad Zahid akan meranapkan UMNO dan bakal dicatat dalam sejarah sebagai Presiden yang menghancurkan UMNO, kata Kartini Aboo.

AWANI Ringkas: Penyelesaian banjir di Johor

AWANI Ringkas: Serangan bersenjata di Tehran

Vaksin COVID-19 | Jumlah penerima dos penggalak kedua bertambah, kini 2.4%
Kemas kini terbaharu di portal KKM NOW menunjukkan, dengan pemberian harian sebanyak 1,779 dos, bilangan penerima dos penggalak kedua kini meningkat kepada 2.4 peratus.

COVID-19 | 258 kes baharu, dua kematian dilaporkan
Untuk 21 hari berturut-turut, jangkitan baharu COVID-19 dalam negara kekal berada di bawah 500 kes.

Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.

Pembersihan UMNO: Pecat, gantung pemimpin atas syor Lembaga Disiplin - Isham
Isham menjelaskan, beliau tidak dapat mengulas lanjut tentang perincian pelanggaran disiplin yang dibuat pemimpin berkenaan kerana beliau bukan berada dalam Lembaga Disiplin.

THT pertaruh tiga import hadapi MHL
Mereka adalah Choi Hoil, Yoo Seung Ho dan Jang Jonghyun, bintang hoki Korea Selatan yang berpengalaman beraksi di pentas Olimpik.

Transformasi Pos Malaysia semakin berkesan, kerugian suku ketiga berkurangan kepada RM36.2 juta
Pos Malaysia merekodkan kerugian sebelum cukai (LBT) sebanyak RM36.2 juta, susut 10.5% berbanding RM40.5 juta yang direkodkan bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Nationwide Express Courier tamat operasi berkuat kuasa bulan depan
Nationwide Express Courier Services Bhd menjadi syarikat penghantaran terbaharu mengumumkan penamatan operasi berikutan persekitaran operasi yang mencabar dan kompetitif di Malaysia.

Pemandu lori kurier cedera tersepit, langgar belakang treler
Pihak bomba menerima panggilan berhubung insiden itu pada jam 10.34 malam, melibatkan dua buah kenderaan berat.

Aramex Malaysia beli 10 motosikal baharu, lancar program Ride-2-Own
Pembelian motosikal itu juga sekali gus mengembangkan lagi perkhidmatan syarikat itu kepada komuniti di Malaysia.

Kastam Melaka rampas senjata api beli dari luar negara guna khidmat kurier
Rampasan melibatkan lima senjata api dari Sepanyol yang diikrarkan sebagai barangan hiasan logam itu dibuat dengan kerjasama sebuah syarikat kurier.

Macau Scam: Wang pencen RM20,000 pesara KKM lesap
Kes bermula apabila mangsa menerima panggilan telefon berkenaan bungkusan barangan penghantaran ke Sabah.

Pos Malaysia catat kerugian bersih S1 lebih rendah kepada RM30.37 juta
Brewer berkata walaupun berdepan landskap operasi yang mencabar, prestasi S1 itu adalah bukti bahawa transformasinya mula memberikan hasil.

Polis tumpas cubaan seludup dadah RM1 juta ke Sabah, Sarawak guna kurier, kargo KLIA
Polis berjaya menumpaskan cubaan menyeludup dadah jenis syabu dari Lembah Klang ke Sabah dan Sarawak, melalui perkhidmatan kurier dan kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Diperdaya serah 'username' dan 'password', pembantu tadbir rugi lebih RM30,000
Seorang pembantu tadbir di Port Dickson mendakwa kerugian RM38,480 setelah diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pihak syarikat kurier.

Polis tahan lelaki disyaki edar dadah khidmat kurier
Bekalan dadah yang disyaki dikirim dari Semenanjung Malaysia itu boleh menampung sejumlah 25,000 penagih di negeri Sarawak.