Seorang posmen yang dalam perjalanan menghantar surat maut apabila motosikal yang ditunggangnya terlanggar muatan besi di bahagian belakang sebuah lori di Kilometer 6.7 Kerteh ke Kampung Chabang, di Kerteh.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Hanyan Ramlan berkata dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu mangsa Mohd Hairi Abdullah, 41, dalam perjalanan dari Kampung Chabang menghala ke Kerteh meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan di kepala.
"Siasatan awal mendapati lori yang dipandu seorang lelaki berusia 45 tahun dari bahu jalan mengundur secara melintang dan memasuki laluan motosikal. Mangsa yang datang dari arah Kampung Chabang terlanggar muatan besi di bahagian belakang lori tersebut, sebelum terbabas ke kiri jalan," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat, katanya.
Di Hulu Terengganu, seorang mekanik maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 8 Jalan Kuala Berang menghala Teris.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Mohd Adli Mat Daud berkata dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 pagi itu motosikal mangsa, Muhamad Aidilfikri Anuar, 27, dikatakan hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan merempuh SUV yang datang dari arah bertentangan.
Muhamad Aidilfikri yang berasal dari Gua Musang, Kelantan dalam perjalanan ke rumah abangnya di Kuantan, Pahang meninggal dunia di tempat kejadian.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 20 2019
Menurut polis, mangsa dalam perjalanan dari Kampung Chabang menghala ke Kerteh meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan di kepala.
AWANI Borneo [14/12/2024] – Kecewa PN mahu sertai PRN17 | Demi kekukuhan PBB | Hidrogen mesra alam
AWANI Borneo Sabtu, 14 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
1. SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
2. Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
3. Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hydrogen
1. SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
2. Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
3. Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hydrogen
Hanya 47 mangsa banjir direkodkan di Johor, Pahang
Jumlah mangsa banjir terus berkurangan kepada 47 orang sahaja setakat 7 malam berbanding 305 mangsa tengah hari.
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
Tindakan 12 menteri PN hantar surat kepada Agong disifatkan tidak wajar
Tindakan 12 menteri itu secara tidak langsung melambangkan ketidakpercayaan mereka terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri.
Muhyiddin harap Tun M beri sokongan kepada kerajaan baharu
Muhyiddin turut mengesahkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad ada membalas suratnya dan berkata belum tiba masanya untuk berjumpa.
Posmen temui ajal ketika hantar surat
Mangsa Mohd Hairi Abdullah, 41, dalam perjalanan dari Kampung Chabang menghala ke Kerteh meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan di kepala.