awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perhebat usaha pastikan internet lebih selamat bermula tahun ini - Fahmi
Hakim syarie diseru tingkat inovasi, percepat penyelesaian kes - Raja Muda Perlis
Malique kongsi foto dukung bayi, ubat kerinduan peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Potong di garisan berkembar dipercayai punca kemalangan 2 rentung

Azee Shafy
Azee Shafy
14/01/2023
15:05 MYT
Potong di garisan berkembar dipercayai punca kemalangan 2 rentung
Kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 10.45 pagi itu membabitkan Proton Persona dan sebuah lori 10 tan yang membawa muatan tanah. - Gambar/ JBPM
TEMERLOH: Kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di Kilometer (KM) 28 Jalan Jerantut-Temerloh sehingga menyebabkan dua mangsa rentung, dipercayai berpunca daripada tindakan pemandu memotong di garisan berkembar.
Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 10.45 pagi itu membabitkan Proton Persona dan sebuah lori 10 tan yang membawa muatan tanah.
"Berdasarkan siasatan awal, kereta dipandu mangsa dari arah Temerloh menghala ke Jerantut dipercayai memotong di garisan berkembar dan dirempuh lori berkenaan.
"Berikutan itu, kereta terbabit telah diseret lebih kurang 20 hingga 30 meter sebelum terbakar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Azhar berkata, pemandu dan penumpang kereta gagal menyelamatkan diri kerana tersepit menyebabkan kedua-dua lelaki itu rentung dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Pihak polis masih lagi meneruskan siasatan bagi mendapatkan maklumat terperinci. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.
Beliau berkata, seorang daripada mangsa sudah dikenal pasti iaitu lelaki berusia 35 tahun yang beralamat di Kampung Pinang Mukim Sok, Sik, Kedah.
Katanya, identiti seorang lagi mangsa iaitu pemandu kereta masih belum dikenal pasti, namun dipercayai seorang lelaki dewasa.
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#mangsa rentung
#temerloh
#garisan berkembar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan