awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
Liga Super: Subramaniam ikut jejak Devan tinggalkan Melaka
Lenyapnya Bazar Lama Kampar, hilang satu lagi bangunan warisan di Perak

Potong gaji ADUN beli peranti elektronik bantu pelajar - Ahli PSB

Bernama
Bernama
15/02/2021
05:43 MYT
Potong gaji ADUN beli peranti elektronik bantu pelajar - Ahli PSB
Aditajaya berkata cadangannya itu bukannya untuk mencari salah sesiapa tetapi untuk sama-sama membantu pelajar di Sarawak menjalani pelajaran dengan lebih baik dan teratur. - Facebook Iryn Zahiryn Gallery
KUCHING:Ahli Majlis Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) Datuk Seri Abang Aditajaya Abang Alwi mencadangkan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) dipotong tiga bulan untuk disalurkan bagi pembelian peranti elektronik kepada pelajar sekolah yang kini sedang mengikuti kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Beliau berkata Kerajaan Negeri di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu lebih prihatin kepada nasib pelajar di Sarawak daripada golongan miskin bandar dan miskin luar bandar yang kini amat memerlukan peranti elektronik bagi tujuan PdPR.
"Kita tidak mahu anak-anak ini ketinggalan dalam pelajaran mereka hanya kerana tidak mampu membeli peranti elektronik sekali gus ia akan merugikan dan mereka akan ketinggalan dari segi pelajaran," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi PSB Tanjung Manis berkata GPS seharusnya mengambil berat masalah pelajar ketika ini dengan memberi peranti elektronik kepada semua pelajar di Sarawak secara percuma dengan menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri.
"Dalam pengumuman Bantuan Khas Sarawakku Sayang 5.0 oleh Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) tempoh hari, tiada satu pun yang dikhususkan untuk pembelian peranti elektronik bagi pelajar sekolah di Sarawak.
"Terdapat hampir 1,000 permohonan dari seluruh Sarawak bukan hanya di Parlimen Tanjong Manis dan ada juga yang memohon terus kepada saya," katanya.
Beliau berkata cadangannya itu bukannya untuk mencari salah sesiapa tetapi untuk sama-sama membantu pelajar di Sarawak dalam menjalani pelajaran mereka dengan lebih baik dan teratur.
Bermula minggu lalu, Pusat Khidmat Rakyat PSB Tanjong Manis sudah mula mengagihkan bantuan peranti elektronik kepada pelajar yang memerlukan iaitu 100 unit tablet disediakan untuk pelajar Tingkatan Enam, 200 telefon pintar untuk pelajar Tingkatan Satu hingga Lima dan 50 komputer riba untuk pelajar universiti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PSB
#potong gaji
#Peranti Elektronik
#PdPR
#belajar di rumah
#GPS
#Sarawak
#ADUN
#miskin bandar
#miskin
#miskin luar bandar
#Sarawakku Sayang 5 0
#bantuan khas
#Aditajaya Abang Alwi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.