awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
Jeneral kanan Rusia kritikal selepas ditembak di Moscow
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Potongan gaji berjadual galak bayaran balik pinjaman PTPTN

Bernama
Bernama
02/11/2018
10:17 MYT
Potongan gaji berjadual galak bayaran balik pinjaman PTPTN
Langkah tersebut hanya terpakai kepada peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan. - Gambar hiasan
Lima langkah akan diperkenalkan kerajaan bagi membantu peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membayar balik pinjaman mereka mulai tahun depan, termasuk memberi potongan pinjaman kepada pelajar daripada isi rumah B40 yang mendapat keputusan kelas pertama.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng semasa membentangkan Belanjawan 2019 bertemakan "Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera" di Dewan Rakyat hari ini, berkata langkah lain ialah memperkenal pembayaran balik secara potongan berjadual antara dua dan 15 peratus daripada pendapatan bulanan pinjaman.
Beliau berkata langkah tersebut hanya terpakai kepada peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.
Selain itu, katanya pelepasan cukai kepada syarikat yang membantu menyelesaikan baki pinjaman pekerja bagi tahun berakhir 2019 manakala pelepasan cukai pendapatan individu bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) juga akan dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000 mulai tahun depan.
Katanya baki hutang peminjam berusia 60 tahun ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan juga akan dihapus kira, yang memanfaatkan 350 peminjam dengan melibatkan kos RM4.2 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belanjawan
#Belanjawan 2019
#Lim Guan Eng
#Menteri Kewangan
#pendidikan
#PTPTN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan