Skip to main content

Malaysia

PPIM anjur program kesedaran antipenipuan pada 20 Ogos

41650104558_DatukNadzimJohan.jpg
Nadzim berkata program yang dijadualkan dari 9 pagi hingga 2 petang di Hotel Royale Chulan Damansara akan mengetengahkan pendekatan pendidikan dan perkongsian ilmu. - Foto fail
Advertisement

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan menganjurkan Program Nasional Kesedaran Anti-Scam 2026 pada 20 Ogos ini bagi memperkukuh perlindungan dan kesedaran masyarakat terhadap ancaman jenayah penipuan kewangan digital serta penyalahgunaan akaun keldai.

Ketua Aktivis dan pengasas bersama PPIM Datuk Nadzim Johan berkata program yang dijadualkan dari 9 pagi hingga 2 petang di Hotel Royale Chulan Damansara di sini akan mengetengahkan pendekatan pendidikan dan perkongsian ilmu.

“Program ini dijangka disertai kira-kira 200 peserta yang terdiri daripada wakil kementerian dan agensi kerajaan, institusi kewangan, badan penguat kuasa, institusi pengajian tinggi, aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak industri,” katanya kepada Bernama pada Khamis.

Beliau berkata antara pengisian utama program berkenaan adalah sesi Forum Nasional bertajuk "Scam Digital: Ancaman Keselamatan Kewangan Negara dan Keldai Akaun" yang membariskan panel daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) serta Bank Negara Malaysia (BNM).

Nadzim berkata selain forum, peserta juga berpeluang mengunjungi pameran interaktif kesedaran antipenipuan serta menyertai sesi jaringan strategik bagi membina kerjasama yang lebih proaktif bersama pelbagai agensi berkaitan.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement