Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahukan kilang Cadbury disita dan pengguna memboikot produknya susulan penemuan DNA khinzir dalam keluaran syarikat itu baru-baru ini.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata kilang tersebut seharusnya disita apabila tiada langsung permohonan maaf yang diusulkan dan pihak berkuasa seharusnya bertegas dalam hal ini.
"Kilang itu patut disita dan dihentikan pengeluaran produknya kerana setelah penemuan ini, tiada permohonan maaf ataupun rasa kesal yang timbul dari pihak Cadbury.
"Mengikut Akta makanan, pihak berkuasa ada hak untuk menyita kilang terbabit kerana gagal memenuhi kriteria ditetapkan," katanya dalam sidang media “Cadbury Perlu Dihukum Pengguna” di Villa Puteri Condominium, hari ini.
Nadzim berkata, sudah tiba masanya untuk para pengguna menggerakkan kuasa membantah secara tegas dengan memboikot semua produk syarikat itu dan menjadikan isu sebegini sebagai satu pengajaran dan pengalaman kepada seluruh rakyat untuk bersatu menentang ketidakadilan.
Nadzim juga meminta kerajaan bertegas dalam menguatkuasakan penggunaan logo halal kepada semua pengusaha dengan mengadakan ujian berkala setiap dua bulan sekali bagi memastikan kandungan setiap produk halal.
Pada 24 Mei, Kementerian Kesihatan mengesan dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) mengandungi DNA khinzir.
Susulan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menggantung serta-merta sijil halal dua produk coklat tersebut serta menjalankan siasatannya sendiri.
Bernama
Tue May 27 2014
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Mondelez komited pastikan produk coklat, biskut keluarannya kekal mampu milik
Mondelez tidak terkecuali daripada mengalami inflasi yang merentas pasaran, termasuk di Malaysia.
Coklat perang dunia pertama berusia 103 tahun ditemui
Sembilan keping coklat berjenama Cadbury yang dipercayai berusia 103 tahun ditemui dalam sebuah kotak tin aluminium milik hero perang dunia pertama dan juga Rejimen Leicestershire, Richard Bullimore.
'Coklat muka babi? Itu bukan Cadbury Malaysia punya'
Cadbury Malaysia menafikan coklat jenis Cadbury Milk Kids 20g yang tertera gambar babi adalah produk keluarannya.
Jakim ulang kenyataan rasmi status halal coklat Cadbury
Jabatan Kimia Malaysia telah menguji produk tersebut dan Jakim telah menjalankan siasatan penuh sepertimana yang ditetapkan di dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.
Ujian makmal Jakim ikut piawaian antarabangsa - Jabatan Standard
Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia, Fadilah Baharin berkata orang ramai tidak perlu khuatir dengan keputusan itu yang menyatakan produk berkenaan adalah halal.
Isu Cadbury: KKM akan bekerjasama erat dengan JAKIM dalam proses pemantauan
Menurut KKM, apa yang penting adalah untuk seragamkan tanda aras dan dapatkan pengesahan dari Standard Malaysia untuk piawaian agar keputusan boleh di terima pakai oleh semua pihak.
PPIM mahu kilang Cadbury disita, produk diboikot
Datuk Nadzim Johan berkata kilang tersebut seharusnya disita apabila tiada langsung permohonan maaf yang diusulkan.
Jangan bimbang kesahihan logo halal - Jakim
Jakim telah menggantung sijil pengesahan halal 2 produk Cadbury Dairy Milk.