Kementerian Pendidikan (KPM) tidak berhasrat untuk memperkenalkan semula Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), kata Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan William Leong Jee Keen (PH-Selayang) yang meminta Menteri Pendidikan menyatakan alasan untuk memperkenalkan semula PPSMI dan penambahbaikan yang akan dbuat untuk mengatasi kelemahan-kelemahan terdahulu.
Kepada soalan lain, Radzi berkata keputusan Jemaah Menteri sebelum ini berkenaan tiga muka surat pengenalan Jawi dalam sukatan buku teks Bahasa Melayu Tahun 4 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil adalah dikekalkan.
Jemaah Menteri juga memutuskan agar pengenalan tulisan Jawi dilaksanakan di SJK dan sekolah mubaligh bantuan kerajaan jika dipersetujui oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta murid, katanya.
Dalam jawapan bertulis kepada soalan Hannah Yeoh (PH-Segambut), Radzi berkata kementerian memperuntukkan RM57.88 juta untuk perolehan peralatan, bahan keselamatan dan kebersihan yang mencukupi bagi kegunaan sekolah dalam mengawal penularan COVID-19.
Radzi berkata peruntukan itu telah disalurkan kepada jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan sekolah.
"Namun, KPM bersedia untuk menyediakan peruntukan sekiranya terdapat keperluan tambahan bagi tujuan tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 16 2020

KPM tidak berhasrat untuk memperkenalkan semula PPSMI, kata Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin. - Gambar fail/BERNAMA

LHDN nafi dakwaan buat pusingan U berhubung Program Pengakuan Sukarela
LHDN berkata layanan cukai bagi setiap kes yang diterima dan disemak adalah berdasarkan fakta dan merit kes.

Shahidan Kassim dilantik Pengerusi baharu PR1MA - Zuraida
Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim dilantik sebagai pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) berkuat kuasa serta-merta.

AWANI Ringkas: Rasuah | Presiden UMNO mengaku tidak bersalah

Ekonomi Digital | Dua sahabat tubuh platform bantu peniaga wanita
Menyedari kepentingan wanita untuk bangkit khususnya ketika berdepan cabaran pandemik COVID-19, dua sahabat tekad menubuhkan ruang maya beli belah digital pada Mei tahun lalu. Menggabungkan kemahiran dan pengalaman dalam bidang perbankan, platform dikenali sebagai The Artisans Haven digerakkan bagi membantu usahawan wanita memasarkan produk mereka.

Pelajar Carut Guru | Polis kenakan tindakan, keluar saman
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata tindakan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan kecil akan dikenakan ke atas pelajar berkenaan.

Kahwin Bawah Umur | Kes cerai meningkat
Perkahwinan bawah umur bukan sahaja mengekang hak seseorang untuk mendapat pendidikan sebaliknya turut meningkatkan kes penceraian yang disebabkan keganasan rumahtangga dan seksual.

Cucuk Mata Anjing | Warga emas berdepan hukuman penjara atau denda
Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas pertuduhan mencederakan seekor anjing jalanan pada Oktober tahun lepas. Mengikut pertuduhan, Ng Ah Leak, berusia 75 tahun, didakwa menjolok mata kiri anjing berkenaan dengan buluh sepanjang 2.4 meter sehingga menyebabkan haiwan itu menderita dan mengalami kesakitan.

Skim pampasan buat penerima vaksin dengan kesan sampingan serius akan diumum - Khairy
Skim itu akan memberi pampasan ex-gratia kepada kes kesan sampingan serius yang boleh dikaitkan dengan pemberian vaksin COVID-19.

AWANI Ringkas: Tujuh diambil keterangan dakwaan potong barisan vaksin
![[TERKINI] Sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan [TERKINI] Sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1894394/26093765221615270766184_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

Skim pampasan buat penerima vaksin dengan kesan sampingan serius akan diumum - Khairy
Skim itu akan memberi pampasan ex-gratia kepada kes kesan sampingan serius yang boleh dikaitkan dengan pemberian vaksin COVID-19.

Sijil pengecualian kepada individu yang tidak boleh diberikan vaksin - Khairy
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata individu berkenaan termasuk mereka yang berdepan alahan atau masalah kesihatan.

Malaysia Prihatin: Enam teras utama kejayaan KSM
Saravanan berkata, kesemua teras itu selari dengan perkara yang digariskan dalam NHRB yang dijangka akan dilancarkan pada 1 Mei depan.

KSM kaji cadangan luaskan kemudahan bekerja dari rumah
Saravanan berkata, perkara itu bagi mengenal pasti kemampuan untuk mengamalkan budaya kerja berkenaan.

Gigih niaga sampai 3 pagi, 'Mak' Rosidah Ahmad menangis jualan habis diborong
Kegigihan wanita ini berjaya mencuri hati ramai warga maya susulan sanggup bersiaran langsung hingga jam 3 pagi.

Hampir 7,000 PATI di Sabah diusir keluar sejak Oktober 2020 - Hamzah
Pengusiran dilakukan tanpa kompromi kepada warga asing yang memasuki dan tinggal di negara ini secara haram.

Vaksin COVID-19: Polis sedang lengkapkan siasatan berhubung 'potong barisan'
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada tujuh individu.

166,363 terima suntikan vaksin, Sarawak rekod jumlah paling tinggi - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu, Sarawak kekal merekodkan jumlah paling tinggi iaitu seramai 25,271 individu.

Ibu 12 anak jual jamu selepas spa terpaksa ditutup akibat COVID-19
Rabtahwati bernasib baik apabila dia mewarisi kemahiran memproses jamu daripada neneknya yang merupakan seorang bidan.

COVID-19: AS keluar garis panduan terhadap individu diberi vaksin penuh
CDC berkata mereka yang diberikan suntikan vaksin sepenuhnya boleh berkumpul tanpa memakai pelitup muka atau amalkan penjarakan fizikal.