JOHOR BAHRU: Pusat pemberian vaksin COVID-19 (PPV) Pandu Lalu OKU Sentral di Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Arena Larkin di sini akan dibuka kepada orang awam 20 hingga 30 Sept ini.
Presiden Persatuan OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata individu berusia 18 tahun dan ke atas di Johor yang belum mendapat vaksinasi, boleh hadir ke PPV berkenaan untuk sesi pendaftaran bermula jam 8 pagi pada setiap hari kecuali Jumaat, pada tempoh berkenaan.
Beliau berkata bagi proses vaksinasi, PPV itu akan beroperasi secara pandu lalu atau 'drive-in' bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.
"Dijemput Bangsa Johor untuk mengambil peluang ini agar kita dapat lindungi diri kita dan lindungi semua," katanya dalam kenyataan, di sini, pada Sabtu.
Ahli Dewan Negara mewakili orang kurang upaya (OKU) itu berkata sebelum ini, PPV yang beroperasi sejak 25 Ogos itu dikhususkan kepada golongan OKU dan ahli keluarga mereka serta warga emas.
Beliau berkata PPV berkenaan juga adalah PPV terbesar di Malaysia dan juga terbesar yang dikhaskan untuk OKU dan warga emas.
PPV Pandu Lalu OKU Sentral itu merupakan pusat vaksinasi khas untuk OKU yang kedua dikendalikan oleh OKU Sentral selepas PPV Pandu Lalu OKU Sentral di Sime Darby Plantation Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 18 2021
Pusat pemberian vaksin COVID-19 (PPV) Pandu Lalu OKU Sentral di Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Arena Larkin di sini akan dibuka kepada orang awam 20 hingga 30 Sept ini. -Bernama
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
11 lokasi di Johor Bahru dilanda banjir kilat
Skuad Kilat MBJB telah digerakkan untuk membuat kawalan lalu lintas, mengalihkan halangan, memeriksa lubang air tersumbat serta lain-lain bantuan.
Program bebas kereta, MBJB terus program 'JB Car Free Morning'
MBJB komited dalam usahanya memperkasa bandar raya hijau, mapan dan rendah karbon dengan meneruskan program JB Car Free Morning.
KPKT salur RM23.1 juta kepada 16 PBT di Johor
Nga Kor Ming berkata peruntukan itu termasuk RM1.3 juta kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bagi menaik taraf Anjung Selera Laman Tasek Pandan dan Gerai Jalan Biru di Taman Pelangi.
Premis perniagaan di JB degil 'cop' parkir berdepan kompaun RM500
Tindakan itu boleh diambil mengikut Seksyen 46 Akta 133 Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.
Banjir kilat: PBT naik taraf pam, dalamkan sungai - Onn Hafiz
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi telah mengarahkan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) mencari penyelesaian banjir kilat di lokasi tumpuan.
Tak puas hati barang disita, lelaki tumbuk anggota MBJB
Akibat kejadian, mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka akibat ditumbuk, selain turut mengalami lebam di lutut kirinya.
Tak puas hati kena saman, dua lelaki serang penguat kuasa
Kejadian berlaku semasa mangsa mengeluarkan saman terhadap kenderaan suspek selepas didapati meletak kenderaan yang menghalang lalu lintas.
Hujan lebat tahap merah, air pasang besar punca banjir kilat di Johor Bahru
Hujan lebat tahap merah serentak dengan air pasang besar menjadi antara punca banjir kilat di beberapa kawasan di Bandaraya Johor Bahru semalam.
Operasi Pantai Stulang laut elak jadi lokasi minum arak - MBJB
Isu itu telah lama berlaku, sehingga ia menyebabkan kekotoran, membuat pengunjung tidak selesa sekali gus mencemarkan keindahan di kawasan berkenaan.
PPV pandu lalu OKU Sentral Johor dibuka kepada orang awam mulai Isnin ini
Pusat pemberian vaksin COVID-19 (PPV) Pandu Lalu OKU Sentral di Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Arena Larkin di sini akan dibuka kepada orang awam 20 hingga 30 Sept ini.