awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bangladesh gesa ICC ambil serius kebimbangan keselamatan Piala Dunia T20
Pentadbiran Trump tarik diri daripada puluhan organisasi antarabangsa
Cuaca sejuk ganggu perjalanan di Eropah Barat, ratusan penerbangan dibatalkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PR lancar petisyen bantah kenaikan cukai pintu

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
18/11/2013
08:30 MYT
PR lancar petisyen bantah kenaikan cukai pintu
Pakatan Rakyat telah telah melancarkan satu petisyen menentang cadangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk meningkatkan cukai taksiran pintu untuk pemilik rumah di Wilayah Persekutuan.
Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkata petisyen ini dilancarkan kerana cukai taksiran pintu yang dicadangkan sehingga 300 peratus adalah tidak munasabah.
“Alasan bahawa cukai itu dinaikkan kerana sudah 21 tahun cukai tersebut tidak dinaikkan tidak boleh diterima. Sekiranya cukai itu hendak dinaikkan, ia haruslah dilakukan secara berperingkat.
“DBKL perlu memberi penjelasan yang wajar tentang kenaikan tersebut. Kalau diteliti, perkhidmatan pembetungan kini dikendalikan oleh Indah Water Konsortium dan bukan DBKL. Ini bermakna bahawa perkhidmatan DBKL semakin hari semakin kurang,” katanya semasa satu sidang media di Parlimen hari ini.
Nurul Izzah berkata kenaikan itu bercanggah dengan usaha kerajaan untuk memperkenalkan rumah mampu milik melalui PR1MA.
"Ia juga akan menjadi beban kepada orang-orang yang menyewa hartanah di Kuala Lumpur. Tuan tanah terpaksa meninggikan kadar sewa rumah mereka,” katanya.
Nurul Izzah berkata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah memberitahunya bahawa penduduk Kuala Lumpur yang ingin membantah peningkatan cukai itu, harus berbuat demikian sebelum 17 Disember.
“Kami akan mengedarkan petisyen ini kepada penduduk di Kuala Lumpur dan ia juga boleh dimuat turun dari laman Facebook saya.
“Sila isikan borang tersebut dan hantarkan kepada Pengarah Penilaian, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta DBKL sebelum 17 Disember,” katanya.
Sebelum ini, Tengku Adnan berkata peningkatan tersebut akan membolehkan DBKL menawarkan khidmat terbaik memandangkan sudah 21 tahun cukai tersebut tidak dinaikkan.
Nilai hartanah di Kuala Lumpur yang disifatkan sudah jauh meningkat juga dikatakan faktor peningkatan kadar cukai taksiran pintu di kawasan ibu negara itu.
Topic Berkaitan
#Bantahan
#cukai pintu
#DBKL
#Nurul Izzah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan