KANGAR: Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) akan memberi fokus kepada pembangunan rumah golongan M40 luar bandar bagi memastikan golongan tersebut mendapat akses kepada perumahan mampu milik yang berkualiti.
Pengerusi PR1MA Datuk Fathul Bari Mat Jahya berkata usaha ini adalah selari dengan aspirasi 'Satu Keluarga, Satu Rumah' yang menjadi wawasan kerajaan, di samping menjamin kehidupan masa depan golongan tersebut.
"Dulunya penubuhan PR1MA ini menyasarkan miskin bandar, tetapi kena ingat status M40 di luar bandar tetapi tidak ada rumah, menyewa, maka kita akan buka tawaran ini kepada mereka, insya-Allah," katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Perlis yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sini hari ini.
Beliau berkata pembangunan rumah untuk M40 di luar bandar boleh dibuat dalam kawasan seluas lima ekar sahaja berbanding projek PR1MA sebelum ini yang meliputi keluasan 20 hingga 40 ekar.
Dalam pada itu Fathul Bari berkata PR1MA menyasarkan untuk membina sebanyak 100,000 unit rumah dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
"(Setakat ini) projek PR1MA seluruh Malaysia dalam senarai kita ada 61 projek yang melibatkan lebih kurang 49,000 unit di seluruh negara. Sebahagiannya telah diduduki, sebahagian dalam pembinaan dan sebahagian kecil baru dapat kelulusan," katanya.
Sementara itu, beliau berkata sempena AKM, PR1MA turut menawarkan 1,000 peluang pekerjaan kepada golongan belia menerusi PR1MA STEP (SAKU Traning and Employment Programme) selaras dengan inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri baru-baru ini.
"Mereka yang ditawarkan pekerjaan akan ditugaskan sama ada di ibu pejabat PR1MA di Ara Damansara atau di Pejabat Wilayah PR1MA dengan tempoh kontrak selama satu tahun dengan tambahan satu tahun lagi dalam bentuk pembaharuan kontrak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 25 2022
Fathul Bari berkata usaha itu selari dengan aspirasi 'Satu Keluarga, Satu Rumah' yang menjadi wawasan kerajaan, di samping menjamin kehidupan masa depan golongan M40. - Gambar fail/ Bernama
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
PR1MA rancang perkenal rumah pintar, mesra alam
Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) merancang memberikan nilai tambah dalam pembangunan projek perumahan mampu milik menerusi pengenalan rumah pintar dan berkonsepkan mesra alam.
KPKT laksana pelbagai inisiatif galakkan perbandaran mampan - Nga
Kerajaan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengambil pendekatan dengan melaksanakan beberapa inisiatif sebagai usaha utama bagi menggalakkan perbandaran mampan.
Lebih 300,000 rumah mampu milik dibina setakat Jun
Pembinaan hasil kerjasama agensi perumahan di peringkat Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri serta pemaju swasta.
KPKT umum pembinaan PPR Bestari Jaya, selesai masalah perumahan lima ladang di Selangor sejak 1998
KPKT mengumumkan pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bestari Jaya bagi menyelesaikan isu perumahan yang dihadapi 245 keluarga peneroka.
Laporan Audit: FELDA rugi RM1 bilion, rizab LTAT berbaki negatif pada 2022
PR1MA pula dilaporkan menghadapi kerugian bersih berjumlah RM0.257 bilion makakala liabiltii berjumlah RM5.746 bilion.
Bandar PR1MA pertama dilancarkan tahun ini - Nga
Bandar Program Perumahan 1 Malaysia (PR1MA) pertama di negara ini yang dibina di Teluk Intan, bakal dilancarkan tahun ini.
COP28: Urbanice Malaysia, PR1MA Corporation Malaysia jalin kerjasama dengan UN-Habitat, Masdar City
Kolaborasi itu melibatkan Urbanice Malaysia dan UN-Habitat serta PR1MA Corporation Malaysia dan Masdar City, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Pelancaran Bomba Komuniti PR1MA untuk beri latihan asas kepada penduduk - Kor Ming
Program Bomba Komuniti PR1MA dilancar bertujuan memberi latihan kebombaan asas kepada penduduk, bagi mempersiapkan diri sekiranya berlaku kecemasan di residensi mereka.
KPKT peruntuk RM308 juta untuk tiga PPR baharu di Perak - Nga
KPKT memperuntukkan RM308 juta bagi pembangunan tiga projek PPR baharu di Perak membabitkan 1,200 unit kediaman di tiga kawasan Parlimen.
'Ada orang menyamar jadi ejen PR1MA' - MP Alor Setar
Akmal Nasrullah Mohd Nasir menegaskan penyamaran ejen itu merupakan satu perbuatan jenayah.