awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRABN keluar notis kesiapsiagaan banjir kilat di tujuh negeri

Bernama
Bernama
08/11/2022
12:17 MYT
PRABN keluar notis kesiapsiagaan banjir kilat di tujuh negeri
Menurut notis itu, negeri terlibat ialah Kedah, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka, Johor, Sarawak serta Kuala Lumpur. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat melibatkan tujuh negeri.
Menurut notis itu, negeri terlibat ialah Kedah, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka, Johor, Sarawak serta Kuala Lumpur.
Di Kuala Lumpur, antara lokasi berisiko ialah Pusat Dagangan Dunia (WTC), Jalan Kuching, Kampung Baru, Jalan Pekeliling, Bulatan Dato Onn-Bank Rakyat, Bulatan Pahang, Jalan Batu Bata, Jalan Pahang dan Jalan Cheras berhadapan Ekocheras Mall.
Turut terjejas ialah Jalan Cheras - Desa Aman, Jalan Loke Yew, Kepong Baru, Jalan Raja Chulan, Jalan Sultan Ismail, Masjid Jamek, Universiti Malaya, Jalan Duta, Kampung Pantai Dalam, Jalan Dang Wangi, Jalan Maarof, Jalan Kia Peng, Jalan Leboh Pasar, stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar, tol Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan LRT Sungai Besi.
Di Selangor, kawasan Gombak, Petaling, Kuala Selangor dan Sepang termasuk dalam daerah yang berisiko banjir.
Sementara itu, di Negeri Sembilan, daerah yang berisiko ialah Jelebu, Rembau dan Seremban manakala di Melaka ialah Alor Gajah dan Jasin; di Johor melibatkan Batu Pahat, Muar, Segamat dan Tangkak manakala daerah di Kedah membabitkan Kuala Muda.
Bagi Sarawak pula, kawasan berisiko ialah Sungai Siol, Petra Jaya di Kuching.
Menurut PRABN, risiko itu berdasarkan maklumat ramalan hujan daripada model Numerical Weather Prediction (NWP) oleh Jabatan Meteorologi Malaysia dan sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS).
Notis kesiapsiagaan dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan berisiko untuk berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh berkenaan.
Penduduk di lokasi berisiko disaran agar mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir.
Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#PRABN
#kesiapsiagaan banjir
#amaran banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan