awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prasarana rancang lebih banyak program di stesen rel libatkan peniaga kecil

Bernama
Bernama
23/12/2023
22:00 MYT
Prasarana rancang lebih banyak program di stesen rel libatkan peniaga kecil
Program perintis melibatkan peniaga kecil di pekarangan stesen rel kendalian Prasarana menyediakan tapak bagi 52 peniaga kecil menjual makanan dan kraf tangan dengan caj serendah RM20.
DAMANSARA: Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) merancang untuk mengadakan lebih banyak program yang melibatkan peniaga kecil di pekarangan stesen rel kendalian syarikat pengangkutan awam negara itu, tahun depan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Mohd Azharuddin Mat Sah berkata inisiatif itu memberi peluang kepada peniaga kecil dan perniagaan di rumah atau 'home-based' menjana pendapatan, di samping menggalakkan lebih ramai orang menggunakan pengangkutan awam.
"Kami berbangga dapat bersama peniaga kecil, membantu mereka dengan fasiliti yang kami ada," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran program Santai Bersama Rapid KL di pekarangan Stesen MRT Kwasa Sentral di sini semalam.
Program perintis yang turut dimeriahkan dengan persembahan artis tempatan itu, menyediakan tapak bagi 52 peniaga kecil menjual makanan dan kraf tangan dengan caj serendah RM20 bagi tujuan bayaran pembersihan kawasan tapak perniagaan.
Seorang peniaga, Muhammad Zulshahiran Mohd Zulkifli, 29, berkata tawaran diberikan Prasarana itu mendedahkannya dengan aktiviti perniagaan seumpama itu sebelum melibatkan diri dalam program yang lebih besar.
"Saya biasa berniaga di tepi jalan sahaja dan ini kali pertama saya terlibat dalam program perniagaan seperti ini yang dapat membantu perniagaan saya untuk lebih dikenali, malah caj yang dikenakan juga sangat berbaloi kepada peniaga kecil seperti kami," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#prasarana
#Peniaga kecil
#Stesen Rel
#pengangkutan awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan