awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prasarana, Uncle Kentang berganding hulur bantuan sempena Tahun Baru Cina

Bernama
Bernama
10/02/2021
14:07 MYT
Prasarana, Uncle Kentang berganding hulur bantuan sempena Tahun Baru Cina
Bantuan berupa beras dan gula itu disampaikan kepada 45 keluarga dalam satu majlis serba ringkas di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Perindustrian Puchong. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR:Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) bersama aktivis masyarakat 'Uncle Kentang' hari ini turun padang menghulurkan bantuan makanan asas dan angpau kepada golongan kurang berkemampuan sekitar Puchong, dekat sini sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Bantuan berupa beras dan gula itu disampaikan kepada 45 keluarga dalam satu majlis serba ringkas di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Perindustrian Puchong.
Timbalan Ketua Komunikasi dan Pemasaran Strategik Kumpulan Prasarana Rafizah Amran berkata sumbangan berkenaan merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Prasarana bagi meringankan beban golongan yang terjejas ekoran pandemik COVID-19.
"Banyak sebab kami melaksanakan program ini tahun ini. Tetapi, sebab utama adalah menyedari impak teruk wabak COVID-19, yang menjejaskan kehidupan segenap lapisan rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pihaknya akan menganjurkan program CSR yang sama bersempena bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, perayaan Deepavali serta Krismas pada masa akan datang.
Sementara itu, Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng berharap kerjasama yang terjalin akan dapat diteruskan selain menyuntik semangat dan inspirasi kepada syarikat korporat lain untuk melaksanakan program yang sama bagi membantu golongan kurang berkemampuan.
Sempena Tahun Baru Cina, Rapid KL turut mengedarkan limau mandarin kepada orang ramai di stesen LRT, Transit Aliran Massa (MRT), monorel, Transit Aliran bas (BRT) Laluan Sunway, Rapid Penang di Pulau Pinang, dan Rapid Kuantan di bandar Kuantan, sebagai tanda penghargaan atas sokongan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam kendalian Prasarana.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#prasarana
#Uncle Kentang
#bantuan
#angpau
#Tahun Baru Cina
#Puchong
#LRT Taman Perindustrian Puchong
#aktivis masyarakat
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan