MALAYSIA
Prasekolah wajib usia 5 tahun: Adakah bangunan prasekolah cukup, guru terlatih? - Penganalisis

Kanak-kanak dalam sesi pembelajaran di Tabika dan Taska Kemas Bunga Raya, Presint 11 , Putrajaya. - Gambar hiasan Astro AWANI / SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Cadangan mewajibkan pendidikan prasekolah seawal usia lima tahun merupakan langkah yang disambut baik oleh ramai ibu bapa.
Ringkasan AI
- Ramai ibu bapa menyokong langkah kerajaan mewajibkan pendidikan prasekolah bermula usia lima tahun sebagai usaha memperkukuh pendidikan awal kanak-kanak.
- Prasarana prasekolah mesti dibina mengikut standard, dan guru perlu memiliki kelayakan minimum dalam pendidikan awal kanak-kanak untuk menjamin kualiti pembelajaran.
- Prasekolah boleh dibina di sekolah KPM sedia ada bagi menampung peningkatan jumlah murid, terutamanya daripada golongan B40 dan M40 yang bergantung kepada prasekolah awam.
“Antara cabaran yang dihadapi dan memerlukan perancangan yang tepat adalah kaedah untuk memastikan anak-anak boleh belajar di prasekolah yang benar-benar berunsurkan institusi sekolah.
“Tinggal lagi, kurikulum perlu disesuaikan dengan keupayaan tahap keupayaan kanak-kanak seawal usia lima tahun itu. Selain itu, seperkara yang menjadi kebimbangan kita adalah berkenaan kelayakan guru-guru,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Prasekolah wajib usia 5 tahun: Adakah bangunan prasekolah cukup, guru terlatih? - Penganalisis
Dalam temu bual sama, Pakar Psikologi Kanak-kanak dan Dekan Fakulti Pendidikan, Bahasa, Psikologi dan Muzik SEGi University, Prof. Datin Dr. Mariani Md Nor pula mencadangkan agar prasarana prasekolah ini dibina di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedia ada.Menurutnya, ini merupakan strategi segera yang boleh dilakukan untuk menampung kemasukan ke prasekolah yang dijangka akan naik pada kadar yang mendadak.
“Bilangan prasekolah tidak mencukupi untuk menampung bilangan murid-murid kerana ramai ibu bapa dalam golongan B40 dan M40 hantar anak-anak ke prasekolah.
“Untuk menampung bilangan murid yang ramai, kementerian telah melakukan peluasan dengan membina bangunan prasekolah di Sekolah Menengah, Sekolah Menegah Vokasional dan sebagainya. Ini perlu dilakukan,” ujarnya.
Pada 31 Julai lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan RMK13 di Dewan Rakyat berkata, kerajaan akan mewajibkan pendidikan prasekolah bermula usia lima tahun bagi memperkukuh pendidikan awal kanak-kanak dan meningkatkan keberhasilan sistem pendidikan negara.
Agenda AWANI: RMK13 | Pendidikan prasekolah bermula umur lima tahun

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami