SHAH ALAM: Prebet Muhammad Syafiq Hilmi Abd Halim yang hilang di sempadan Malaysia-Brunei ketika bertugas dalam Op Ukur di Limbang, Sarawak sejak 18 Jun lalu, ditemui selamat pada Sabtu.
Sel Perhubungan Raya Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam satu kenyataan memaklumkan, anggota tentera itu dijumpai pada jam 11.29 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).
Menurut kenyataan itu, Prebet Muhammad Syafiq berjaya menjejaki tanda-tanda panduan laluan rintis pencarian yang sengaja dibuat di sekitar lokasi pencarian sehingga beliau berjaya menemui lokasi Forward Operating Base (FOB) Tim A.
"Beliau ditemui dalam keadaan selamat lengkap bersama peralatan dan senjata, namun lemah akibat kelaparan dan dehidrasi sebelum diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan di lokasi.
"Pihak keluarga anggota (tentera) ini juga telah dihubungi oleh pihak TDM menerusi panggilan telefon dan akan diterbangkan ke Sarawak dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Jelasnya, semua perbelanjaan perjalanan akan ditanggung sepenuhnya oleh TDM.
Dalam pada itu, pihak TDM mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat dalam operasi itu khususnya kepada kerajaan Sarawak, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem), individu serta semua yang terlibat atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sehingga Prebet Muhammad Syafiq berjaya ditemui.
Tambah kenyataan itu, TDM juga merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) sepanjang operasi SAR ini dijalankan.
"Kerjasama erat TDM dan ABDB dalam operasi ini telah membuktikan hubungan dua hala yang kukuh antara kedua-dua negara," ujarnya.
Dalam pada itu, TDM juga akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan sebagai penambahbaikan kepada prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.
"Berikutan penemuan Prebet Muhammad Syafiq dalam keadaan selamat, maka operasi SAR ini ditamatkan," katanya.
Sebelum ini, Sel Perhubungan Raya Markas Tentera Darat Malaysia (TDM) memaklumkan, seorang anggota tentera Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (RS) berpangkalan di Kem Kidurong, Bintulu, hilang ketika bertugas dalam Op Ukur di Limbang, Sarawak.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jul 06 2024

Prebet Muhammad Syafiq Hilmi Abd Halim yang hilang di sempadan Malaysia-Brunei ketika bertugas dalam Op Ukur di Limbang, Sarawak sejak 18 Jun lalu, ditemui selamat pada Sabtu.

Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid
Meskipun diiktiraf sebagai peneraju industri halal di peringkat global, Malaysia tidak boleh sekadar berpuas hati dengan pencapaian sedia ada.

Datuk lemas ketika cuba selamatkan dua cucu di Pantai Irama
Seorang datuk lemas ketika menyelamatkan dua cucu yang dihanyutkan ombak di Pantai Irama di sini, pada Sabtu.

Produk Coca-Cola di Malaysia tidak terkesan dengan pencemaran klorat - Dzulkefly
Produk Coca-Cola EuroPacific Partners sahaja dikesan mengandungi paras klorat tinggi dan ia diedarkan di beberapa negara Eropah.

Jadikan pencen veteran ATM sebagai permulaan kerjaya baharu - Khaled Nordin
Majoriti mereka berpencen pada usia muda iaitu sekitar 42 tahun dan masih bertenaga untuk mempelajari ilmu baharu.
Indonesia rangka peratusan had umur, lindungi kanak-kanak di platform digital
Indonesia sedang merangka peraturan baharu bagi melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian, termasuk menetapkan had umur pada platform digital, menurut Kementerian Komunikasi dan Digital negara itu.

Selangor akan tubuh beberapa pusat AI tahun depan - Amirudin
Beberapa pusat kecerdasan buatan (AI) akan ditubuhkan di Selangor tahun depan sebagai langkah kerajaan negeri menyokong perkembangan teknologi yang sedang pesat membangun itu.
AWANI Ringkas: Op Sky: Keterangan tiga selebriti bantu lengkap siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir: PDPR dilaksana di sekolah yang tak sempat dibaik pulih
Walaubagaimanapun, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, sasaran pihaknya adalah agar semua murid dapat hadir ke sekolah untuk sesi pembelajaran secara bersemuka.

Perahu karam, warga emas ditemukan lemas di Tatau
Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang dalam kejadian perahu karam di Sungai Anap, Tatau, Bintulu pada Rabu lepas, ditemukan lemas pagi tadi.

Pilihan raya negeri mendebarkan, wilayah New Delhi dalam proses kira undi
Lebih 60 peratus daripada lebih 15 juta pengundi yang layak telah menjalankan tanggungjawab mereka memilih kerajaan tempatan pada Rabu lalu.

Kesihatan Prebet Muhammad Syafiq terus dipantau sebelum dibenar bercuti
Keadaan kesihatan fizikal, mental dan spiritual Prebet Muhammad Syafiq Hilmi Abd Halim, 22, terus dipantau sehingga beberapa hari lagi sebelum dibenarkan bercuti di kampungnya di Baling, Kedah.

Prebet Muhammad Syafiq hilang di hutan sejak 18 Jun ditemui selamat
Prebet Muhammad Syafiq yang hilang di sempadan Malaysia-Brunei ketika bertugas di Limbang, Sarawak sejak 18 Jun lalu, ditemui selamat.