awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cubaan larikan diri selepas kemalangan gagal, polis tahan lelaki positif dadah
Kerajaan perhebat usaha pastikan internet lebih selamat bermula tahun ini - Fahmi
Hakim syarie diseru tingkat inovasi, percepat penyelesaian kes - Raja Muda Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Premis di Karak tidak terlibat import sisa sampah plastik luar negara

Bernama
Bernama
17/06/2019
22:23 MYT
Premis di Karak tidak terlibat import sisa sampah plastik luar negara
Rosli Zul berkata hasil siasatan mendapati plastik di situ merupakan sisa dari sebuah kilang pemprosesan kertas di Bentong. - BERNAMA
Premis pengasingan sisa sampah di Karak, Bentong disahkan tidak terlibat dalam aktiviti mengimport sisa sampah plastik dari negara luar.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang Rosli Zul berkata hasil siasatan mendapati plastik di situ merupakan sisa dari sebuah kilang pemprosesan kertas di Bentong, yang diserahkan kepada kontraktor untuk tujuan pelupusan.
"Kilang kertas itu mengimport kertas terpakai dari luar untuk dijadikan kertas kitar semula dan melantik kontraktor untuk menguruskan sisa plastik yang digunakan untuk membungkus kertas tersebut.
"Kontraktor tersebut, dipercayai atas inisiatif sendiri telah membawa sisa kertas dan plastik itu ke premis berkenaan untuk diasingkan sebelum dibawa ke kilang kitar semula di Bentong.
"Sehubungan itu, kita percaya kejadian di Bentong bukan kejadian pengimportan plastik dalam kuantiti besar seperti yang berlaku di Selangor," katanya semasa dihubungi di sini, pada Isnin.
Rosli berkata dapatan siasatan juga mendapati premis itu digunakan sebagai kawasan pengasingan oleh kontraktor terlibat untuk memisahkan plastik yang boleh dikitar semula atau perlu dilupuskan.
Katanya, tindakan lanjut terhadap pemilik premis itu akan diambil oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) atau Majlis Perbandaran Bentong, jika ada, kerana perkara itu terletak di bawah bidang kuasa mereka.
Ini susulan laporan media Sabtu lalu berhubung dakwaan Anggota Parlimen Bentong Wong Tack mengenai kewujudan gudang simpanan sisa plastik yang dikatakan sudah beroperasi selama setahun dan menerima sampah dari negara luar.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Perladangan dan Bioteknologi negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin pada 10 Jun lalu, memberi jaminan kerajaan negeri akan mengesan pemilik premis tersebut bagi tindakan sewajarnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bentong
#import
#JAS
#karak
#sisa sampah plastik
#SWCorp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan