awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Premis mesin judi simulator dalam pusat beli-belah digempur

Hakim Rahman
Hakim Rahman
22/12/2017
20:51 MYT
Premis mesin judi simulator dalam pusat beli-belah digempur
Premis mesin judi simulator menggunakan lesen Pusat Hiburan Keluarga dan beroperasi di pusat beli belah untuk mengaburi pihak berkuasa
Tindakan pengendali pusat judi simulator beroperasi di dalam sebuah pusat beli-belah di Bukit Jelutong dengan berselindung di sebalik pusat hiburan keluarga (PHK) akhirnya terbongkar selepas diserbu Polis Selangor.
Serbuan dilakukan sepasukan sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor diketuai Pegawai Turus Deputi Superintendan Norhizam Bahaman kira-kira jam 9 malam pada Jumaat.
Premis yang beroperasi di sebalik pusat hiburan keluarga (PHK) bagi mengelirukan pihak berkuasa itu menawarkan 12 mesin simulator pelbagai jenis permainan seperti 'wukong', BMW dan Bola Nombor untuk pelanggannya.
"Ketika serbuan dilakukan terdapat kira-kira 50 pelanggan sedang leka berjudi di premis berkenaan. Premis terbabit turut dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) dan pintu keselamatan,
"Tindakan segelintir pihak yang masih membuka premis perjudian itu dianggap mencabar pihak berkuasa selepas arahan penutupan premis haram itu dikeluarkan September lalu," katanya.
Ops Perjudian Haram di Selangor diperhebatkan sejak September lalu seiring dengan arahan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim bagi pusat judi haram itu dilupuskan.
Topic Berkaitan
#berselindung
#BMW
#Bola Nombor
#CCTV
#D7
#mesin simulator
#Op Judi
#pelanggan
#polis
#Premis judi
#pusat hiburan keluarga
#serbuan
#wukong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan