awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Indonesia lawat Malaysia hari ini

Astro Awani
Astro Awani
07/06/2023
01:40 MYT
Presiden Indonesia lawat Malaysia hari ini
Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) akan mengadakan Lawatan Kerja ke Malaysia bermula hari ini.
KUALA LUMPUR: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) akan mengadakan Lawatan Kerja ke Malaysia bermula hari ini.
Dalam lawatan selama dua hari itu, Jokowi akan diiringi oleh isteri beliau, Iriana Joko Widodo serta diiringi beberapa menteri Kabinet dan pegawai-pegawai kanan kerajaan Indonesia.
Kementerian Luar dalam kenyataan yang diedarkan berkata, lawatan Jokowi ke Malaysia sangat signifikan dalam usaha kedua-dua pihak untuk meningkatkan lagi hubungan erat yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Indonesia.
Menurut Wisma Putra, dalam lawatan itu, Presiden Jokowi akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menilai kemajuan bidang kerjasama dan membincangkan isu-isu dua hala yang tertunggak.
“Perdana Menteri dan Presiden juga dijangka bertukar-tukar pandangan berkenaan perkembangan isu-isu serantau dan global termasuklah pengukuhan ASEAN pasca 2025.
“Selain itu, kedua-dua pemimpin juga akan menyaksikan pertukaran beberapa perjanjian yang akan ditandatangani oleh wakil-wakil kementerian dan agensi berkaitan dari keduadua buah negara,” kata Wisma Putra dalam kenyataan itu.
Presiden Jokowi juga juga dijadual menghadiri jamuan minum petang bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
Pada tahun 2022, Indonesia merupakan rakan dagangan keenam terbesar Malaysia dan kedua terbesar ASEAN dengan jumlah dagangan sebanyak RM130.14 bilion (AS$29.55 bilion) iaitu peningkatan sebanyak 36.5 peratus berbanding RM95.31 bilion (AS$ 22.98 bilion) pada tahun 2021.
Topic Berkaitan
#Presiden Indonesia
#Joko Widodo
#Jokowi lawat Malaysia
#PM Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan