JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo menafikan spekulasi beberapa menteri Kabinet meletak jawatan termasuk Menteri Kewangan Sri Mulyani Indrawati.
Beliau berkata Kabinet Maju Indonesia masih meneruskan kerja seperti biasa.
"Setiap hari kita ada mesyuarat terhad dan dalaman dengan semua menteri atau sebahagian menteri," katanya dipetik agensi berita Antara selepas sambutan ulang tahun ke-78 Muslimat Nahdlatul Ulama di sini.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Jokowi menjelaskan bahawa perkara seperti itu sengaja ditimbulkan di tengah musim kempen politik menjelang Pilihan Raya Umum (PEMILU) 2024 pada 14 Feb.
Pakar ekonomi kanan INDEF Faisal Basri di forum politik dan ekonomi Sabtu lalu menyatakan seramai 15 menteri dari dalam kalangan teknokrat dan di luar parti politik berpotensi mengundurkan diri.
Beliau menganggap presiden terlalu memihak kepada pasangan calon presiden dan naib presiden Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka. Gibran merupakan anak sulung Jokowi.
Mengulas ringkas perkara itu kepada media, Sri Mulyani yang ditemui selepas menghadiri mesyuarat dipengerusikan Jokowi pada Jumaat, berkata: "Ini saya kerja. Saya kerja."
Sementara itu, isu "pemecatan" atau 'impeachment' terhadap Jokowi menjadi antara topik yang hangat diperdebatkan di forum politik dan media ketika ini.
Sejumlah tokoh masyarakat bergabung dalam sebuah gerakan, Petisi 100 bertemu dengan Menteri Politik, Hukum dan Keamanan Mahfud MD pada 9 Januari meminta agar Mahfud memecat Jokowi.
Di PEMILU 2024, rakyat Indonesia meraikan pesta demokrasi dengan memilih pemimpin seterusnya menggantikan Jokowi yang menamatkan penggal kedua dan terakhirnya pada Oktober.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 20 2024
Presiden Indonesia Joko Widodo menafikan spekulasi beberapa menteri Kabinet meletak jawatan termasuk Menteri Kewangan Sri Mulyani Indrawati. - Gambar fail/Youtube/Sekretariat Presiden
12 samseng jalanan ditahan, 57 motosikal disita di Taiping
Operasi yang diadakan bukan saja untuk membanteras samseng jalanan tetapi juga untuk mengurangkan kes kemalangan dan jenayah jalanan.
Kereta hilang kawalan masuk lorong kiri punca bas terbalik di lebuh raya
Akibat pelanggaran, kereta itu berpusing 360 darjah dan melanggar bahagian hadapan kanan bas.
PM tiba di Doha untuk lawatan rasmi tiga hari ke Qatar
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha pada kira-kira 9.37 malam Ahad waktu tempatan.
Dr Dzulkefly komited selesai isu gaji, kebaikan jururawat
"Saya sangat sedar, insaf dan amat empati terhadap pelbagai masalah profesion ini termasuk gaji, saraan, kerjaya, kebajikan."
Pemaju hartanah tidak bertanggungjawab musnahkan impian pembeli rumah
Kerajaan khususnya kementerian yang bertanggungjawab terhadap pengguna dan perumahan, jabatan penilaian serta agensi yang terlibat dalam pembinaan perlu tampil ke depan membantu pemilik rumah.
Liga Malaysia: Stadium Likas, Sabah pertama bakal guna sistem VAR sendiri
Sabah bakal menjadi negeri pertama mengguna pakai sistem VAR sendiri jenis sistem Goal Sport VAR untuk perlawanan Liga Malaysia di Stadium Likas.
KDN pilih Mini Amazon Malaysia, Kampung Beng, sebagai Kampung Angkat MADANI
Kampung Beng, yang terkenal sebagai Mini Amazon Malaysia, telah dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Kos penyediaan LRT di Johor dianggarkan RM16.7 bilion
Anggaran kos keseluruhan penyediaan infrastruktur Transit Aliran Ringan (LRT) di Johor dianggarkan menelan belanja RM16.7 bilion, berbanding RM7 bilion bagi penyediaan infrastruktur Transit Aliran Aut
Sabah terus kerjasama dengan KDN perhebat usaha perangi dadah
Kerajaan Sabah akan terus bekerjasama dengan KDN bagi memperhebat usaha memerangi penyalahgunaan dadah, serta menyokong penuh inisiatif yang dapat mengurangkan masalah dadah di negeri itu.
Program eUsahawan MDEC jana jualan terkumpul lebih RM1.24 bilion
Program eUsahawan yang diterajui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah menjana jualan terkumpul melebihi RM1.24 bilion di seluruh negara setakat ini.
Lawatan Mohamad bukti hubungan rapat, komprehensif Malaysia-Indonesia
Lawatan rasmi sulung Menteri Luar ke Jakarta merupakan bukti kepada hubungan akrab dan komprehensif antara Malaysia dan Indonesia.
Presiden Indonesia nafi spekulasi peletakan jawatan beberapa menteri
Presiden Indonesia Joko Widodo menafikan spekulasi beberapa menteri Kabinet meletak jawatan termasuk Menteri Kewangan Sri Mulyani Indrawati.
Jokowi mempengerusikan siri mesyuarat ASEAN dengan rakan kongsi
Presiden Indonesia, Joko Widodo dijadual mempengerusikan beberapa siri mesyuarat dengan negara-negara rakan kongsi pada hari kedua Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 pada Rabu.
Jokowi gesa Bank Dunia wujudkan sistem kewangan 'lebih adil untuk semua'
Presiden Indonesia Joko Widodo menggesa Presiden Bank Dunia Ajay Banga menangani kritikan meluas terhadap institusi kewangan itu dengan mewujudkan sistem kewangan global yang lebih adil.
Wanita baling selipar ke arah Presiden Indonesia, Jokowi
Selain melempar selipar, wanita dengan pengenalan nama RT berusia 45 tahun tersebut juga cuba mencurahkan air mineral ke arah Jokowi.
Presiden Jokowi mulakan lawatan pertama ke Afrika
Presiden Joko Widodo (Jokowi) sedang menuju ke Afrika untuk mengadakan lawatan kerja ke empat negara di rantau itu, menjadi lawatan pertamanya ke benua itu sebagai presiden.
Ibadah korban terjemah rasa syukur dan ikhlas - Jokowi
"Harta yang kita miliki hanyalah titipan dan amanahNya, yang perlu dijaga, dijaga, dimanfaatkan dan dipenuhi dengan sebaik-baiknya demi manfaat rakyat."
Bukan pemimpin Arab, Sukarno yang pertama baca al-Quran di PBB
Apa yang dilakukan Sukarno melebihi tindakan pemimpin-pemimpin Islam di negara Timur Tengah, kata Ketua DPP Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan.
Agong berkenan terima menghadap Presiden Indonesia Joko Widodo
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Presiden Indonesia Joko Widodo di Istana Negara hari ini.
Presiden Indonesia lawat Malaysia hari ini
Kunjungan Presiden Jokowi signifikan dalam usaha meningkatkan lagi hubungan erat yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Indonesia.